Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hotel Mengakui Klip CCTV...

PETALING JAYA - Hotel di tengah-tengah skandal video seks yang dikaitkan dengan Menteri...

Negeri Sembilan Kekal Pendahulu...

KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan mengekalkan kedudukan teratas Liga Perdana selepas menang tipis...

Polis Tahan Suami Isteri,...

IPOH - Polis Perak berjaya menahan sepasang suami isteri dipercayai pengedar dadah serta...

Nelayan Selamatkan Penyu Cedera...

DUNGUN - Dua ekor penyu yang ditemui cedera oleh sekumpulan nelayan pada akhir...

Rayuan Liwat: Nasib Anwar Diketahui 10 Februari Ini

MELEWATI dua bulan tanpa perkembangan setelah tamat prosiding hujahan pada 4 November 2014, akhirnya Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Februari depan bagi mengumumkan keputusan rayuan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Perkara ini diumumkan melalui Twitter rasmi Mahkamah Persekutuan, pada tengah hari Isnin.

1422249754945

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mohd Aizuddin Zolkeply turut mengesahkan berita ini.

Peguambela Anwar, Ramkarpal Sigh pula berkata pejabatnya menerima notis keputusan tersebut kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Anwar, 67, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Pada 7 Mac tahun lalu, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, namun dilepaskan dengan jaminan RM10,000.


BACA: Mahkamah Tangguh Keputusan Rayuan Terakhir Kes Liwat Anwar

Anwar mengemukakan rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan kesalahan tersebut dan prosiding telah pun berlangsung dari 28 Oktober sehingga 4 November tahun lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. -MYNEWSHUB.CC

Oleh: Mohamad Izzat 

https://www.youtube.com/watch?v=n3rZhed41ZQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori