Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Video: Lahanat… Siang Hari...

KOTA BHARU - Cubaan empat lelaki untuk memecah masuh sebuah rumah di sebuah...

Wanita Mahu Beri Kejutan...

SEORANG wanita yang mahu beri kejutan kepada suaminya dengan melakukan pembedahan pembesaran payu...

Aksi Bunuh Ular Dalam...

JAKARTA - Seorang lelaki Indonesia menjadi wira internet apabila mampu membunuh seekor ular...

Diskaun Tol LSA 10%...

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Shah Alam (LSA) bakal menikmati diskaun tol...

Gambar Disentuh Maulana Diambil Secara Spontan – Neelofa

PELAKON Neelofa Mohd Noor mengatakan gambar kepalanya disentuh seorang qari yang menimbulkan kontroversi di kalangan pengikutnya di laman Instagram diambil secara spontan ketika menghadiri majlis perkahwinan saudaranya, baru-baru ini.

Menurut aktres dan pengacara berusia 26 tahun ini, dia sama sekali tidak menyangka niatnya yang hanya ingin berkongsi gambar tersebut mencetuskan isu panas di kalangan peminat.

Neelofa

“Kalaulah saya tahu ia akan cetus kontroversi, memang saya tidak muat naik gambar itu di mana-mana laman sosial.

“Gambar itu dirakamkan ketika saya menghadiri sebuah majlis perkahwinan saudara saya.

“Selain dihadiri saudara mara terdekat dari Kelantan dan Singapura, saudara mara yang sudah lama kami tidak jumpa berkumpul pada majlis itu termasuk kenalan bapa saudara saya dari Pakistan, Maulana Qari Faiz Uddin Hazarvi.


“Maulana menganggap saya dan sepupu saya yang lain seperti anaknya. Dia bahasakan kami ‘mera bette’ (anak saya).

“Jadi, itu cara dia layan kami dan gambar itu diambil secara spontan,” kata Neelofa yang dipetik menerusi Malaysian Digest.

Gambar tersebut mencetuskan kekecohan di laman sosial apabila ada yang bertelagah mengatakan tindakan Maulana tersebut tidak dibenarkan di sisi agama selain tidak kena dengan imej berhijab Neelofa kini.

Bagaimanapun penjelasan panjang lebar Neelofa ini, diharapkan dapat memuaskan hati semua pihak termasuk yang tak senang dengan foto ‘sensasi’ tersebut. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori