Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

2 Maut Dalam Kemalangan...

BINTULU - Dua maut manakala seorang cedera apabila pemandu gagal mengawal kenderaan...

Hanya Sedikit Perubahan Dalam...

ALOR SETAR - Hanya sedikit perubahan dalam senarai portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan...

Obama Kecam Pelampau Pancung...

WASHINGTON - Presiden Barack Obama mengecam tindakan anggota Negara Islam (IS) memenggal kepala...

Mayat Bayi Cukup Sifat,...

IPOH - Mayat seorang bayi yang cukup sifat ditemui di dalam tong sampah...

Nenek 2 Cucu Mengaku Salah Berkhalwat

KUALA TERENGGANU – Seorang nenek kepada dua cucu bersama pasangan kekasihnya yang sembilan tahun lebih muda dijatuhi hukuman denda RM2,600 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, di sini semalam, selepas mengaku salah berkhalwat di dalam sebuah bilik, Ogos tahun lalu.

Malah, Nor Kamalizani Ibrahim, 48, dan pasangannya, Khairol Ibrahim, 39, turut berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya mereka gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.

Kesemua hukuman itu diputuskan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Terdahulu dalam rayuannya, Nor Kamalizani yang juga seorang janda memohon mahkamah mengurangkan hukuman denda terhadapnya dengan alasan tiada pendapatan tetap dan perlu menanggung anaknya masih bersekolah termasuk seorang yang baru memasuki tahun Stsatu.

Sementara itu, pasangannya, Khairol turut mencuri perhatian apabila memohon mahkamah mengurangkan hukumannya dengan alasan dia perlu menanggung anak Nor Kamalizani dan dalam masa sama mempunyai hutang ansuran bulanan motosikal yang belum habis dibayar.

Alasan Khairol itu menyebabkan hakim mempersoalkan keperluan tertuduh menanggung anak Nor Kamalizani sedangkan mereka tiada sebarang hubungan sah.


“Apa kaitan anak dia dengan kamu? Wanita ini bukannya isteri kamu, jadi apa kaitan?” tanya Kamalruazmi.

Berdasarkan pertuduhan, pasangan kekasih ini didakwa berkhalwat di dalam sebuah bilik sewa di Jalan Engku Pengiran Anom, di sini, jam 1.50 pagi, 12 Ogos tahun lalu.

Nor Kamalizani yang memiliki empat anak berusia antara 7 hingga 24 tahun bersama pasangannya itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu yang membuat serbuan selepas menerima maklumat awam mengenai perlakuan sumbang mereka.

Dalam serbuan itu, pasukan penguat kuasa mengetuk pintu bilik berkenaan yang tertutup dan berkunci sebelum ia dibuka seorang lelaki lima minit kemudian.

Pemeriksaan menemui tertuduh wanita dalam keadaan berselimut di atas katil dan siasatan mendapati mereka bukan suami isteri atau mahram. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori