Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan, SPR Bincang SOP...

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Batu Sapi akan...

Doa Buat Adik Muhammad...

Muhammad Izzsraq Azraq, mungkin ramai yang tidak mengenalinya tetapi di sebalik senyuman adik...

Penduduk Islam Minta Perlahan...

PONTIAN - Jika sebelum ini sering kedengaran orang bukan Islam merungut atau tidak...

Tangan Tersangkut Dalam Lubang...

SEORANG lelaki warga asing berusia 40-an di Klang, Selangor mengalami detik cemas apabila...

Tok Guru Masih Kenal Saya – Dr Haron Din

DATUK Dr Haron Din mengatakan keadaan kesihatan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin stabil berbanding awal minggu lepas.

“Alhamdulillah, saya dapat menziarahi Tok Guru. Hari ini Tok Guru nampak lebih stabil,” kata Haron dalam temubual ringkas bersama media di perkarangan Unit Rawatan Rapi Neuro Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada Jumaat.

BACA JUGA – Bekas MB Selangor Doakan Nik Aziz Dilindungi Allah

Astro Awani melaporkan Nik Aziz masih mengenali dan mengingati Haron sekaligus memberi indikasi ingatan bekas Menteri Besar Kelantan itu dalam keadaan baik.

Beberapa peralatan perubatan yangtelah ditanggalkan dari tubuh Nik Aziz juga dilihat sebagai reaksi positif kepada rawatan yang diberikan kepada beliau.

Bagaimanapun Haron yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS menyatakan harapannya agar semua pihak terus berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan kesihatan yang baik kepada Nik Aziz.


Haron tiba di HUSM kira-kira jam 9.50 pagi diiringi anak Nik Aziz, Nik Mohamad Abduh serta beberapa pemimpin PAS. -MYNEWSHUB.CC

Video Kuliah Jumaat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori