KUALA LUMPUR – Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan sentiasa meminta ahli keluarganya membaca Al-Quran untuknya.ÂÂ
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang memaklumkan perkara itu berkata, Nik Abdul Aziz akan meminta ahli keluarganya berbuat demikian setiap kali beliau tersedar dari tidur.ÂÂ
“Beliau acap kali sedar, mampu bertanya khabar. Setiap kali sedar beliau akan bertanya mengenai waktu solat dan minta diperdengarkan bacaan Al-Quran oleh ahli keluarga. Beliau beberapa kali menegur bacaan yang silap,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.ÂÂ
Nik Mohamad Abduh turut memaklumkan para doktor yang merawat bapanya sedang berusaha memastikan pemimpin PAS itu minum banyak air untuk menambah tenaganya yang agak menurun.ÂÂ
Beliau turut memaklumkan ada antara tetamu yang menziarahi Nik Abdul Aziz berpeluang berkomunikasi dengan bapanya. -MYNEWSHUB.CC