Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Kesan Penyebar Berita...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia...

20 Pelajar Mangsa Baharu...

PASIR GUDANG - Kira-kira 20 pelajar dari beberapa buah sekolah sekitar daerah ini...

Tiga Beradik Hilang Tempat...

YAN - Tiga beradik hilang tempat bergantung selepas ibu mereka terlantar dan tidak...

Neelofa Pengarah Bebas Bukan...

KUALA LUMPUR - AirAsia Berhad melantik aktres dan pengacara televisyen, Noor Neelofa Mohd...

Nilai Kerugian Banjir Di Kelantan RM1 Bilion – Tok Pa

KUALA LUMPUR – Bencana banjir besar yang menimpa wilayah Pantai Timur dan kemudian beberapa negeri lain di Pantai Barat akhir tahun lalu kemungkinan bakal menyebabkan nilai kerugian harta benda awam lebih sebilion ringgit.

Malah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menganggarkan di Kelantan sahaja sebagai negeri yang paling terjejas teruk, nilai kerugian tersebut boleh ditaksirkan menghampiri angka RM1 bilion.

Perkara itu dilaporkan portal berita tempatan AgendaDaily dalam tweet terbaharu yang turut menyiarkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, anggaran kerosakan di sekolah-sekolah kira-kira RM350 juta.

Ia berikutan kira-kira 340 buah sekolah di tujuh buah negeri yang dilanda banjir terpaksa ditutup operasi akibat sama ada dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara untuk mangsa banjir atau langsung turut tenggelam ekoran bencana tersebut.

Mustapa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Peringkat Negeri Kelantan pada minggu lalu mengumumkan kerajaan Pusat akan mengenal pasti prasarana yang rosak disebabkan banjir di semua 10 buah jajahan di negeri berkenaan.


Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh ujar beliau, ditugaskan untuk mengumpul segala maklumat berhubung kerosakan jalan raya, hospital, sekolah dan sebagainya.

Kerja-kerja tersebut dijangka mengambil masa dua minggu kerana pihak berkenaan dijangka menempuh cabaran getir memasuki kawasan luar bandar yang terputus hubungan darat selain sistem komunikasi yang belum pulih sepenuhnya.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menganggarkan peruntukan besar sehingga RM350 juta diperlukan bagi membaiki pulih infrastruktur ratusan buah sekolah yang rosak akibat banjir terburuk selepas 2005 dan 2006 lalu.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita ketika melawat mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri di Perak sebelum meninjau perkampungan Orang Asli di Gerik bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori