Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Undian Awal Pilihan Raya...

SEOUL - Pengundian awal bagi pilihan raya Presiden Korea Selatan bermula Khamis dengan...

Pengganas Nuklear Amat Membimbangkan...

WASHINGTON - Ancaman pengganas nuklear yang mempunyai impak besar kepada keselamatan dunia menjadi...

PAS Larang Ahli Sertai...

Semalam, melalui akhbar-akhbar tempatan, Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan kenyataan melarang ahlinya untuk...

Netflix Beri Amaran Bahaya...

WASPADA... Sebelum ini tular cabaran 'Ice Bucket' dan 'Tide Pod'. Kini timbul pula...

Nurul Izzah, PKR Musnahkan Reputasi Saya – Mohamad Salleh

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Nurul Izzah Anwar dan PKR telah memusnahkan reputasi dan maruah seluruh keluarganya.

Beliau merujuk kepada kenyataan fitnah yang dibuat Nurul Izzah Anwar dan PKR berhubung pembelian lapan unit harta di KL Eco City, Bangsar.

Pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) itu berkata kenyataan berkenaan juga menyebabkan seluruh perniagaan NFCorp, runtuh.

“Seluruh imej korporat NFCorp dan anak syarikatnya musnah sama sekali dan tidak boleh ditebus lagi akibat tindakan defendan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes samannya terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan setiausaha agung PKR ketika itu Saifuddin Nasution.

Mohamad Salleh berkata susulan kepada sidang akhbar yang diadakan defendan pada 7 Mac 2012, kira-kira 110 laporan berita dihasilkan portal berita Internet, akhbar arus perdana, blog dan Twitter.

Katanya perbuatan defendan itu juga mencemarkan imej pengarah syraikat lain yang mempunyai kaitan dengan NFCorp dan keluarga mereka.

Menjawab soalan peguam belanya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Mohamad Salleh berkata beliau tidak pernah membuat sebarang pinjaman dengan Public Bank Berhad untuk membeli lapan unit harta itu.

Katanya perkara ini disahkan secara bertulis oleh bank itu dalam surat bertarikh 4 Jan 2012, yang menyatakan mereka menarik balik tawaran untuk membiayai pembelian harta berkenaan.

Kata beliau Perjanjian Jual Beli lapan unit harta itu ditandatangani dengan syarikat pemaju pada 15 Dis 2011.


“Dakwaan defendan bahawa saya tidak mampu membayar balik pinjaman bagi membeli lapan unit harta di KL Eco City mengikut jadual mulai Mac 2011 adalah suatu pembohongan semata-mata,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan bersaksinya yang dikemukakan kepada mahkamah, Mohamad Salleh berkata defendan pertama(Nurul Izzah) menguatkan dan menyokong kenyataan rakannya, Mohd Rafizi Ramli, yang mendakwa bahawa beliau (Mohamad Salleh) tidak layak mendapat kredit kerana hanya mempunyai RM421.00 dalam akaun dengan Public Bank.

Beliau berkata hakikatnya ialah akaun itu adalah akaun yang digunakan untuk mendeposit dana bagi arahan tersedia untuk membayar balik satu pinjaman bank dan tidak mempunyai kaitan dengan dakwaan berhubung lapan unit harta di KL Eco City kerana ia mempunyi kaitan dengan dua unit harta lain di Plaza Damas 3.

“Saya akan mendepositkan dana ke dalam akaun ini setiap bulan untuk membayar balik pinjaman berkaitan pembelian harta di Plaza Damas 3 yang dibuat lebih kurang pada 2005.

“Pembayaran itu dibuat melalui arahan tersedia untuk membayar balik pinjaman yang diambil beberapa tahun sebelumnya dan akaun itu tidak ada kena mengena atau mempunyai kaitan langsung dengan NFCorp,” katanya.

Pada 24 Dis 2013, Mohamad Salleh dan NFCorp menyaman Nurul Izzah kerana membuat kenyataan berhubung dakwaan Mohd Rafizi bahawa beliau membeli lapan unit harta di KL Eco City dengan menggunakan wang orang ramai yang diperuntukkan kepada NFCorp.

Kenyataan Nurul Izzah iu disiarkan Malaysiakini TV pada 7 Mac 2012.

Dalam kenyataan tuntutannya, Mohamad Salleh berkata kenyataan itu membawa maksud beliau dan keluarganya menyelewengkan dana NFCorp untuk membeli harta berkenaan untuk kegunaan peribadi mereka, bukan untuk syarikat itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng bersambung esok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori