Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelakon Tidak Semestinya Dedah...

AKTRES dan penyanyi Liyana Jasmay, 28; menegaskan bahawa mendedahkan tubuh badan kepada umum...

Larangan Merokok Di Taman...

KUALA LUMPUR - Orang awam mahu kempen pewartaan taman-taman awam sebagai tempat larangan...

Titah Nasihat, Keprihatinan Agong...

PUTRAJAYA - Titah nasihat serta keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...

Kemarau: Hutan 3 Jajahan...

PASIR PUTEH - Hutan di tiga jajahan di Kelantan iaitu Bachok, Pasir Puteh...

Darah Adik Haziq Di ‘Tangan’ Azmin Ali…

Hari ini, sebuah keluarga kehilangan seorang cahaya mata mereka apabila dikhabarkan si kecil terjatuh dari tingkat enam, Blok B, di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara.

Di laman sosial Facebook, kelihatan jasad Allahyarham adik Mohammad Zulhazriq atau Aziq, 5, terbujur kaku dikelilingi penduduk sekitar kawasan PPR berkenaan di Seksyen 8.

Mengikut cerita, kawasan pangsapuri itu tidak begitu selamat ekoran jeriji besi yang memagari laluan koridor di kawasan pangsapuri itu mudah patah dan berkarat.

BACA JUGA – Budak 5 Tahun Maut Jatuh Tingkat 6 Akibat Balkoni Berlubang

Isu Keselamatan Isu Lama Di PPR Kota Damansara

Menurut seorang pengguna Facebook, Mohd Fazrul Mohd Saat, perkara berkaitan keselamatan di pangsapuri itu sudah lama menjadi isu.

Fazrul

Lebih parah, menurut penduduk, sewa rumah berkenaan dinaikkan dari RM125 ke RM250 selepas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.

Apa yang menaikan kemarahan mereka ialah, harga sewa pandai naik, tetapi benda lain terbiar begitu sahaja.

Rungutan para penduduk lagi, aduan berkenaan keadaan berbahaya itu sudah lama dibuat kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tetapi sehingga kini, menurut mereka, tiada apa-apa tindakan pun diambil.

Jika begini keadaannya, tidak mustahil dalam masa beberapa ketika selepas insiden Aziq, akan ada lagi kanak-kanak yang lebih tua, sebaya ataupun lebih muda daripadanya akan menjadi korban seterusnya.

Sudah pasti, bukan di tingkat enam sahaja yang jeriji besinya sudah patah dan tertanggal.

Bagaimana pula perasaan para ibu bapa yang mempunyai anak sebaya Aziq yang sentiasa bermain bersama rakan di luar kawasan rumah? Sudah tentu ia akan mengundang bimbang dan resah kalau-kalau tragedi sama menimpa anak mereka pula.

Menurut Mohd Fazrul, pangsapuri PPR itu berada di bawah pengurusan Perumahan dan Hartanah Selangor (PHSSB).

Lawatan Tokoh Politik

Acapkali sudah orang politik datang melawat, seperti Exco Perumahan Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad dan yang terkini ialah Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tetapi masih tiada tindakan yang konkrit bergerak.

Dalam hati penduduk, berdetik kata-kata “Janji tinggal janji”.

Bukankah Azmin pandai mengkritik semua orang tidak pandai mentadbir termasuk Kerajaan Pusat dan bekas MB, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, setakat mana hebatnya beliau kini?


Pada Februari 2013, menerusi laporan portal Antarapos, penduduk di pangsapuri berkenaan dikatakan sengsara ekoran kerosakan, masalah keselamatan, kebersihan dan lif yang tidak berfungsi.

Menurut penduduk-penduduk yang sudah menetap hampir 10 tahun di rumah itu, kebersihan adalah masalah yang paling meruncing meskipun terdapat syarikat kontrak yang diupah oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menjaga kebersihan.

Ini kerana kerja-kerja pembersihan yang dilakukan ibarat melepaskan batuk di tangga.

Ada Penduduk Pernah Nyatakan Kebimbangan Kanak-Kanak Terjatuh

Dalam laporan itu, seorang peniaga Haslina Baki ada mewujudkan kebimbangan berkenaan bahaya anak kecil yang mungkin boleh terjatuh.

“Di sini kebersihan dia memang tidak memuaskanlah, sangat kotor. Masa awal-awal pindah ke sini kawasan dia memang teruk. Tahap keselamatan rumah dia pun tak terjamin, balkoni berlubang dan hanya ditampal dengan papan sahaja. Macam mana kalau ada anak kecil yang jatuh?

“Rumah-rumah yang dibiarkan kosong menjadi sarang penagihan dadah. Kalau waktu petang kita boleh lihat mereka berkeliaran, tapi kalau kita tak kacau mereka tak akan ganggu kita. Pihak berkuasa pun jarang memantau kawasan ini kecuali jika ada laporan baru ada yang datang,” katanya dalam laporan itu.

Jelasnya, kebimbangan Haslina sudah menjadi kenyataan dan nyawa Aziq melayang dek kerana balkoni yang berlubang.

Daripada Facebook Mohd Fazrul juga ada diwujudkan pertanyaan, adakah agenda kerajaan PR Selangor untuk merobohkan pangsapuri berkenaan dan membina projek baru sama seperti yang berlaku di Jelatek melibatkan pembinaan Datum Jelatek?

“PKNS ada agenda nak runtuhkan PPR ni nak buat DATUM Kota Damansara pula?” katanya.

Pusing ke mana pun, berbahas apa cara pun, jelas nyawa Aziq tiada galang gantinya, tetapi nyawa kanak-kanak lain di pangsapuri berkenaan terletak pada bahu Mohamed Azmin dan kerajaan pimpinannya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

VIDEO SAMPINGAN (TIADA KAITAN DENGAN DI ATAS)

Kanak-Kanak Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat Sembilan Flat Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori