WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menjemput presiden pertama Tunisia yang dipilih secara demokrasi untuk melawat Washington, demikian menurut Rumah Putih hari ini.
Beji Caid Essebsi menang dalam pilihan raya bebas pertama Tunisia bulan lalu.
Revolusi politik di negara itu menyaksikan penyingkiran bekas presiden, Zine El Abidine Ben Ali menerusi apa yang dinamakan sebagai ‘Arab Spring’, empat tahun lalu.
Obama menelefon Essebsi semalam untuk mengucapkan tahniah atas kemenangannya dan melahirkan keyakinan AS terhadap semangat rakyat Tunisia untuk keamanan.
Rumah Putih berkata, tarikh lawatan itu bagaimanapun belum ditetapkan untuk ketua negara Tunisia itu melawat Washington. – AFP
https://www.youtube.com/watch?v=FHnrc2KLYD8