PELAKON Hollywood penuh kontroversi, Lindsay Lohan sekali lagi menjadi buah mulut peminat hiburan dunia apabila memuat naik foto selfie seksinya yang menampakkan sisi perutnya yang ramping dalam bilik mandi yang akhirnya memakan diri sendiri.
Ini berpunca dari tindakan Lindsay yang dipercayai melakukan suntingkan menerusi Photoshop agar bentuk badannya tampak lebih seksi dan ramping pada mata para peminat.
Sekilas pandang sememangnya hanya menampakkan Lindsay sebagai seorang wanita seksi. Malangnya, terdapat peminatnya yang menyedari imej botol mandian yang dirakam Lindsay seakan-akan menjadi melengkung.
http://instagram.com/p/yP7TttJc0U/?modal=true
Foto yang dikongsi Lindsay menerusi Instagram ini sekaligus menjadi bahan jenaka dan kutukan oleh peminat hiburan.
Rata-rata menyifatkan Lindsay yang terlalu obses terhadap kecantikan diri hingga sanggup menipu bentuk badan sendiri buat tontonan ramai.
Kesian… Lindsay baru sahaja pulih dari deman Chikungunya yang dialami ini tiba-tiba menjadi mangsa kutukan.
Makanya, Lindsay usahlah menipu lagi kerana jadi diri sendiri itu lebih baik. Ye dak? – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=P1WAG2UbVec