Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

OKU Manfaatkan Bantuan Kerajaan...

DUNGUN - Tuah mengusahakan jualan ‘Nasi Goreng Sotong Emas’, seorang usahawan orang kurang...

Ribut Isis Tukar Nama...

GENEVA – Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) berpusat di sini pada Jumaat akhirnya menukar...

Kemalangan DUKE: Celica Club...

KUALA LUMPUR - Nasib dua beradik yang kehilangan ibu bapa dalam satu kemalangan...

Dewan Rakyat Lulus Rang...

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan)...

Ops Noda Khas Turut Tumpu Kawasan Terpencil Di Selangor

SHAH ALAM – Ops Noda Khas yang digerakkan Polis Selangor bagi membanteras aktiviti maksiat di negeri ini sejak 18 Nov tahun lepas tidak hanya tertumpu di bandar-bandar besar, malah ia turut memberi perhatian serius kepada kawasan terpencil.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada semua ketua polis daerah serta ketua balai bagi memastikan tiada sarang maksiat yang terlepas walaupun kedudukannya jauh di pedalaman.

“Operasi ini kita jalankan setiap hari tanpa henti sehingga semuanya ditutup dan dibanteras,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan agar lesen premis yang terlibat dengan aktiviti maksiat ditarik balik.

Semalam media melaporkan Polis Selangor menahan 1,781 individu melibatkan wanita dan lelaki warga asing serta warga tempatan yang terlibat dalam kegiatan pelacuran dan maksiat di negeri itu dalam tempoh 56 hari sejak ops berkenaan dilancarkan.


Terdahulu beliau melepaskan konvoi bantuan pasca banjir yang diketuai Timbalannya Datuk Abdul Rahim Jaafar bersama-sama 50 sukarelawan ke Kelantan.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah.

Katanya, konvoi berkenaan akan mengagihkan barangan bantuan kepada anggota polis dan keluarga mereka yang terjejas akibat banjir di sana, terutamanya di Gua Musang, Tanah Merah dan Kuala Krai.

“Antara bantuan yang akan diserahkan berupa kelengkapan uniform polis, uniform sekolah bagi anak-anak anggota, pakaian asas serta kelengkapan bilik tidur seperti bantal dan tilam,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori