Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Pengarah Kemas Didakwa...

SHAH ALAM - Bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Selangor, Mohd Adnan Md...

APMM Bantu Kesan Mangsa...

TAWAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia memantau kawasan perairan Malaysia bagi mengesan empat...

Hukuman Berat Menanti Penghasut...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersedia mengambil tindakan tegas berdasarkan undang-undang terhadap mereka yang...

Tok Mat Nafi Dipilih...

SHAH ALAM - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan bahawa...

Ops Pasca Banjir: Barangan Bernilai RM30,844 Dirampas

KUALA PILAH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas barangan bernilai RM30,844 dan mengeluarkan kompaun berjumlah RM17,900 ke atas pelbagai kesalahan dalam Ops Pasca Banjir di seluruh negara setakat semalam.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata pihaknya juga merekodkan 138 kes dalam 25,252 pemeriksaan di pelbagai jenis premis perniagaan semalam.

“Johor mencatitkan jumlah kes tertinggi 62 kes, Perak (33), Terengganu (24), Kelantan (10) dan Pahang (9). Manakala sebanyak 4,877 permis perniagaan diperiksa Johor, Perak (8,428), Terengganu (2,364), Kelantan (5,922), Pahang (2,600) dan Perlis (1,061),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 137 murid di Sekolah Kebangsaan Pelangai dekat sini, hari ini.

Katanya antara premis perniagaan yang diperiksa pada Ops Pasca Banjir termasuk pasar tani, pasar malam, pasar basah, gerai makan, kedai makan, medan selera, restoran, kedai runcit, pasar mini, pasar raya, pasar raya besar, pemborong dan pengeluar.


Ops Pasca Banjir bermula Khamis lepas sehingga Mac bagi memantau harga makanan dan barangan keperluan asas harian di pasaran.

Hasan yang juga anggota Parlimen Kuala Pilah berkata pihaknya mengambil berat rungutan orang ramai yang mendakwa harga beberapa barangan naik mendadak di beberapa kawasan baru-baru ini selepas banjir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori