Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bantuan Kepada Keluarga Mangsa...

KOTA KINABALU - Bantuan sewajarnya akan disalurkan kepada ahli keluarga empat rakyat Malaysia...

Penyelam Warga China Maut...

SEMPORNA - Seorang lelaki warga China maut ketika menyertai aktiviti menyelam di Barracuda...

Polis Tahan Lelaki, Rampas...

BUTTERWORTH - Polis menahan seorang pengedar dadah dan merampas heroin seberat 1,030 gram...

MAIS Sumbang RM2.2 Juta...

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyumbang RM2.2 juta...

Orang Asli Diseru Lebih Proaktif Jika Ingin Maju

KUANTAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menyeru Orang Asli supaya mengambil langkah lebih proaktif dan inisiatif tersendiri jika ingin maju, di samping bantuan dan kemudahan yang disediakan kerajaan.

Katanya kerajaan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan Orang Asli termasuk soal kediaman dengan memastikan mereka mempunyai tanah sendiri untuk mendirikan rumah.

“Jadi kita harap apabila sudah dibantu contohnya apabila diberikan dividen jangan lupa untuk menabung. Jangan digunakan secara boros, dihabiskan dalam satu hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bonus dan Dividen Projek Tanaman Semula Komersial Orang Asli Pahang di Kompleks Yayasan Pahang di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Datuk Hasnan Hassan dan Pengarah JAKOA negeri Isa Ab Hamid.


Adnan berkata kesungguhan beliau membantu golongan itu selama ini juga adalah kerana telah ‘didedahkan’ dengan kehidupan masyarakat Orang Asli sejak kecil, termasuk tentang kesukaran mereka untuk mencari rezeki.

“Saya tahu mereka ini susah dan kehidupan jauh di dalam hutan selain bergantung kepada hasil hutan. Malah, semasa kecil, arwah nenek saya mengupah Orang Asli untuk mengerjakan sawah,” katanya.

Dalam masa yang sama, Adnan turut memuji kerjasama dan disiplin masyarakat Orang Asli di Pahang yang mematuhi arahan berpindah, di samping koordinasi mantap antara JAKOA dan agensi penyelamat yang memudahkan proses pengagihan bantuan.

Beliau berkata kejadian banjir kali ini juga menjadi pengalaman berguna kepada kerajaan negeri untuk meningkatkan prosedur berhadapan banjir pada tahun mendatang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori