SAAT sesetengah negeri terutama Pantai Timur sedang teruk dilanda bencana banjir, tersebar gambar pemimpin-pemimpin atasan negara sedang enak bercuti di luar negara.
Perdana Menteri yang sedang bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat bagi membincangkan perkara yang boleh memberi keuntungan pada negara pun, turut terkena tempias.
Begitu pun Dato’ Sri Najib membuktikan rakyat Malaysia tetap nombor satu apabila bergegas pulang dan tanpa ke rumah bertemu keluarga dahulu beliau terus menuju ke lokasi banjir.
Bersama Najib, menyusul bantuan demi bantuan baik ketika beliau turun kawasan mahu pun dalam bentuk pengumuman dana khas untuk mangsa-mangsa banjir.
Malangnya, pemimpin tertinggi pembangkang yang tersebar gambarnya sedang bercuti secara mewah dan bersama keluarga kali ini agak menikus dan tak pula bergegas mengharung bah sebaik mendapat tahu rakyat sedang derita menghadapi bencana.
Ketua Umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim misalnya hanya muncul pada 1 Januari lalu, di saat banjir mulai surut di Kelantan, sambil memohon maaf kepada rakyat dengan alasan tiket kapal terbang jadi halangan untuknya balik dengan segera.
“Saya minta maaf sekiranya saya lewat. Saya tidak dapat balik segera kerana tidak ada penerbangan dan saya tidak dapat tukar tiket yang saya tempah,” kata Anwar yang merupakan frequent flyer kepada akhbar Sinar Harian ketika ditemui di Lapangan Terbang Ismail Petra, Kota Bharu sebaik tiba.
Bagi yang biasa naik kapal terbang tentu tahu apa keistimewaan penumpang dengan status frequent flyer ni jadi mereka sengih je bila dengan alasan Anwar tu..
MENARIK: “Berita Saya Bakal Mengacara Melodi Satu Bidaah†– Azwan Ali
Jika itu belum cukup bidaah (bak kata Azwan Ali) saksikan pula kedatangan Anwar melawat mangsa banjir yang dah surut sepenuhnya, siap pakai but kuning lagi redah selut di Temerloh dan Bera.
Gambar yang dikongsikan di Facebook Anwar Ibrahim ini turut menyaksikan beliau bercekak pinggang sambil mendengar penjelasan.
Mungkin, saat itu Anwar sedang diterangkan tentang setinggi mana paras air yang naik masa dia tengah seronok holiday di luar negara dan tak dapat balik sebab tiket flight tak ada kot..
Apa pun, jom baca antara komen yang ditinggalkan oleh netizen untuk gambar ini:
Sebenarnya cakap banyak pun tak guna, sekali pun dah terang lagi bersuluh, sesetengah pengikut tegar Anwar akan tetap melihat tindak tanduknya dari aspek positif.
Kalaulah sifat husnuzon para penyokong Anwar ini turut dipraktikkan pada kesemua pemimpin kerajaan alangkah baiknya?
Tapi malang sekali, mereka telah diasuh oleh pemimpin kesayangan mereka itu untuk melihat kesemua kebaikan yang dilakukan pemerintah dari sudut negatif sahaja.. tapi kalau Anwar buat tak apa pulak.. kan? – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=VtqRVwL2CCg