Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

RM72 Juta Diperuntuk Bagi...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Yayasan Peneraju...

23,808 Anak Penyu Dilepaskan...

SANDAKAN - Pusat Penetasan Telur Penyu di Pulau Libaran berjaya memungut 30,860 telur...

Logo Terbaharu Proton Diperkenalkan

PROTON Holding Berhad hari ini memperlihatkan logo harimau baharu syarikat itu menerusi laman...

Kes Hishammuddin Sudah Selesai...

SHAH ALAM - Isu melibatkan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun...

Pahang Beri Tumpuan Bina Segera Penempatan Banjir

KUANTAN – Kerajaan Pahang akan memberi tumpuan untuk membina penempatan sementara bagi penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir teruk baru-baru ini sebelum merangka pelan penempatan kekal untuk mereka.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, laporan bagi penempatan sementara sedang disiapkan untuk diserahkan kepada kerajaan pusat dalam tempoh sebulan ini.

“Tempat tinggal adalah keutamaan, ramai dalam kalangan mangsa banjir kehilangan rumah, sementara yang ada rumah pula mengalami kerosakan teruk selain keadaan dalam rumah yang kotor dan berlumpur.

“Penting untuk kita sediakan rumah sementara untuk mereka tinggal dahulu dan pada masa sama kerajaan negeri akan fikirkan jalan untuk membina penempatan kekal bagi jangka masa panjang pula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan persekolahan mangsa banjir negeri Pahang di sini hari ini.

Adnan berkata, kerajaan negeri juga akan mengenal pasti kawasan yang sering dilanda banjir serta yang sesuai untuk menempatkan mangsa terlibat terutamanya di daerah Jerantut dan Kuala Lipis.


Sementara itu Adnan berkata, gerakan pembersihan pasca banjir oleh sukarelawan, kini giat dijalankan untuk membantu mangsa kembali memulakan penghidupan seperti sedia kala.

“Untuk melakukannya secara teratur dan sistematik, satu perbincangan khas telah dibuat untuk mengelakkan sukarelawan pergi ke tempat yang sama.

“Sehubungan itu, kita minta mana-mana kumpulan yang nak membantu agar melaporkannya di pusat kawalan operasi banjir di Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah terlibat atau mana-mana tempat yang ditentukan nanti,” katanya.

Selain itu katanya, orang ramai diminta menjaga kesihatan memandangkan ketika musim banjir ini penyakit seperti cirit birit, demam dan denggi mudah merebak.

Pada majlis sama sebanyak 1,800 pelajar dari daerah Kuantan menerima bantuan berupa wang tunai RM120 untuk membeli barangan kelengkapan sekolah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori