Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Khairul Hafiz Hanya Catat...

KUALA LUMPUR - Aksi pertama Khairul Hafiz Jantan pada musim ini tidak seperti...

Gempar!! Doktor New...

Penularan virus berbahaya Ebola amat digeruni masyarakat dunia kerana hingga kini, beribu kematian dikatakan...

Persempadanan Semula: Selangor Dibenarkan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Kerajaan Selangor...

Kerajaan Tak Mampu Puaskan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak mampu memuaskan...

Pahang Sasar Final Piala AFC – Zainal Abidin

KUANTAN – Juara Piala FA dan Piala Malaysia musim lalu, Pahang meletakkan sasaran untuk menjadi pasukan pertama dari Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala AFC.

Walaupun menyedari saingan sengit bakal dilalui skuad Tok Gajah, jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan yakin anak buahnya mampu mempamerkan prestasi cemerlang berdasarkan kepada persefahaman pemain yang semakin baik.

“Saya terapkan kepada pemain bahawa kita membawa nama Malaysia di peringkat kebangsaan dan perlu untuk mereka bermain dengan sepenuh hati.

“Sebelum ini tidak ada pasukan dari negara berjaya layak ke perlawanan akhir Piala AFC dan kalau boleh saya berhasrat hendak membawa Pahang ke peringkat itu,” katanya pada sidang media selepas memperkenalkan jersi baharu Pahang untuk musim ini di Stadium Darul Makmur, di sini, sebentar tadi.

Pada musim ini, jenama sukan terkemuka, PUMA kekal menaja jersi pasukan Pahang yang mengekalkan warna kebanggaan negeri iaitu kuning dan biru, ia dijual dengan harga RM129 sehelai.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pahang FC Sdn Bhd, Fahrizal Hasan berkata, Persatuan Bola Sepak Negeri (PBNP) buat pertama kalinya memperkenalkan pas bermusim khas bagi membolehkan penyokong skuad Tok Gajah menyaksikan setiap perlawanan Liga Super, Piala AFC, Piala FA dan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur untuk musim ini.

“Menerusi pengenalan pas bermusim itu, penyokong setia juara Piala FA dan Piala Malaysia pada musim lalu berkenaan tidak perlu bersesak membeli tiket seperti tahun sebelumnya.

“Tiga jenis pas bermusim dijual iaitu grand stand (RM1,100), berbumbung (RM750) dan terbuka (RM570), pemegang pas akan menerima jersi baru, baju T eksklusif dan insuran peribadi dengan nilai tuntutan sehingga RM25,000,” katanya. – BH Online

https://www.youtube.com/watch?v=a1NUCrBDzo4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori