Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Tabligh’ Wanita Dikesan Aktif...

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan terdapat...

Gagal Masukkan Sabitan Anwar...

KUALA LUMPUR - Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz...

Kit Siang Ucap Tahniah...

KUCHING - Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mengucapkan tahniah kepada Pengerusi...

MPP UiTM Gesa Tindakan...

KUALA LUMPUR : Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyelar tindakan...

Palanivel Tidak Layak Terajui MIC – Ketua Pemuda

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh (gambar) menggesa Presiden parti, Datuk Seri G. Palanivel meletakkan jawatan kerana dia mendakwa pemimpin berkenaan tidak layak menerajui parti itu.
Sivarraajh berkata beliau sedih dan kecewa dengan kejadian yang berlaku di ibu pejabat parti itu pada Rabu.

“Saya diberitahu (naib presiden) Datuk M. Saravanan dan Ketua Wanita, M. Mohana diganggu beberapa samseng yang turut menghalang mereka daripada memasuki bangunan tersebut.

“Saya juga dimaklumkan bahawa Presiden dan Setiausaha Agungnya (Datuk G. Kumaar Aamaan) telah mengupah pengawal untuk menghalang mereka,” dakwa Sivarraajh pada sidang media yang turut dihadiri oleh kira-kira 100 penyokong di ibu pejabat parti selepas insiden itu berlaku.
Dia juga mendakwa sebagai presiden parti, Palanivel tidak mengendahkan notis yang diberikan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Kami telah melalui pelbagai konflik sejak sebulan yang lalu dan beliau sebagai presiden sangat sukar untuk dihubungi.


“Awal pagi tadi, seorang individu kurang upaya telah datang ke ibu pejabat namun dia telah dihalau sebelum sempat kami mengetahui apa yang dia perlukan. Ini satu perkara yang tidak boleh diterima.

“Parti ini milik rakyat, dan perbuatan menutup pintu kepada orang awam adalah tidak masuk akal dan bertentangan dengan prinsip mana-mana parti politik,” kata Sivarraajh sambil menambah sayap Pemuda akan mengambil tanggungjawab bagi memastikan keselamatan ahli parti dan orang awam di ibu pejabat MIC terjamin. - mStar

  • Lagi berita berkaitan:
  • MIC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori