AMBRYM, Vanuatu – Dua lelaki bertindak berani turun ke kawah sebuah gunung berapi di Vanuatu dan memanggang gula-gula marshmallow berhampiran lava panas yang mencecah suhu sehingga 1,100 darjah Celsius.
Lelaki tersebut, Simon Turner dan rakannya, Brave Bradley Ambrose turun sejauh 400 meter untuk menghampiri kawah lava di gunung berapi Vanuatu yang terletak di wilayah Ambrym di Vanuatu baru-baru ini.
Kedua-dua mereka yang berasal dari New Zealand kemudiannya merakamkan gambar di penjuru kawah berkenaan yang hanya berada beberapa meter daripada lava yang sedang mendidih.
Lebih berani lagi Turner turut berehat di tebing kawah berkenaan dan memasak sebungkus marshmallow.
“Kami berasa seronok melihat pemandangan yang menakjubkan ini sambil menikmati gula-gula marshmallow yang dipanggang dengan sempurna.
“Kami tidak perlu memanggang gula-gula marshmallow ini terlalu lama kerana suhu di atas kawah ini sangat panas,†kata Turner. – Agensi