Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sokongan Akar Umbi Perkukuh...

SEBUT sahaja nama Teluk Intan, mungkin ramai mengenali keunikan bandar ini yang terletak...

KPPK Yakin Lawatan PM...

KEMENTERIAN Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yakin lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri...

Gambar: Wanita Kantoi Mencuri...

ADALAH perkara biasa apabila mana-mana perompak, pencuri atau peragut yang berjaya diberkas orang...

Penyamaran SPAD Berjaya Perangkap...

GEORGE TOWN - Teknik penyamaran oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berjaya menahan...

Papan Tanda Bahasa Inggeris Yang HANCUR Terjemahannya

USAHA pihak berkuasa mendirikan papan tanda sebagai peringatan atau amaran kepada orang awam sememangnya langkah wajar bagi membendung perkara tidak diingini.

Pun begitu, sebuah papan tanda yang didirikan di Kuala Terengganu menimbulkan kemusykilan dan tanda tanya ramai yang melihatnya.

Mana tidaknya, papan tanda itu mempunyai kesalahan dari segi terjemahan bahasa Inggeris.

“Kawasan ini tidak selamat untuk mandi dan berenang” didapati diterjemah sebagai “This region did not survive to bathe or swim”.

“Kesalahan satu atau dua ejaan masih boleh diterima, tetapi dalam kes ini, keseluruhan ayat dan perbendaharaan kata yang digunakan jauh daripada menepati maksud ayat dan menyalahi tata bahasa Inggeris,” kata seorang pembaca yang mengirimkan gambar tersebut kepada portal The Rakyat Post.

Lebih parah, papan tanda melarang orang mandi manda di kawasan pantai tersebut didirikan di kawasan pelancongan yang dikunjungi oleh pelancong tempatan dan luar negara.


Ini sekaligus boleh mendatangkan persepsi negatif terhadap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia.

Apa yang menimbulkan tanda tanya, papan tanda arahan berkenaan dikeluarkan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Bukan hendak menunding jari pada mana-mana pihak namun pihak berkaitan seharusnya peka dalam melaksanakan tugas seumpama ini kerana ia boleh menjejaskan imej negeri dan malah, negara juga. -MYNEWSHUB.CC

Video Typo Media Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=C48umYivPkI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori