Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2,092 Kes Baru, Empat...

Sebanyak 2,092 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,528,390.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJumlah...

Remaja Guna Buah Zakar...

KEGILAAN apakah ini? Itu yang keluar dari mulut sebaik sahaja menonton cara seorang...

15 Lagi Suspek Kes...

KANGAR - Seramai 15 lagi lelaki warga tempatan ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung...

Pulau Pinang Negeri Terbaharu...

KUALA LUMPUR - Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu yang dilanda banjir ekoran hujan...

Buat Parti ‘Binasakan Gaun Pengantin’ Untuk Lepas Geram

MEMPHIS – Shelby Swink, 23, sepatutnya melangsungkan perkahwinannya pada 1 November tahun lepas. Namun lima hari sebelum majlis berkenaan berlangsung, kekasih hatinya telah meninggalkan Swink.

Akibatnya, dia menghabiskan masa selama beberapa hari dengan meraung, sedih dan terpaksa menghubungi saudara serta rakan taulan untuk memaklumkan pembatalan majlis berkenaan.

Selepas berduka untuk sekian waktu, Swink akhirnya memutuskan untuk melegakan hatinya dengan mengadakan majlis `membinasakan’ baju pengantin.

Bagi tujuan itu, dia menjemput rakan-rakannya yang menjadi pengapit dan jurugambar untuk merakamkan detik berkenaan.

Rakan-rakannya menyembur cat pada gaun pengantin yang dipakainya.


“Setiap kali mereka menyemburkan cat itu, saya rasa bebas daripada belenggu kesedihan akibat ditinggalkan lelaki berkenaan,’’ katanya.

Menurut Swink, pengalaman itu mengingatkannya supaya mencari kebahagiaan dan semua yang berlaku ada sebabnya.

Baju pengantin itu kini dipamerkan di sebuah kedai pengantin di kawasan berkenaan dan ia akan berada di situ sehingga hujung bulan ini.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori