Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Letak Calon MCA Bagi...

KUALA LUMPUR - Tindakan Barisan Nasional (BN) meletakkan pemimpin MCA sebagai calon bagi...

398 Tahanan Etnik Rohingya...

ALOR SETAR : Sebanyak 398 etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depoh Imigresen...

Kekosongan Jawatan Guru SJKC...

PUTRAJAYA - Mulai 1 Jan depan, kesemua 1,642 kekosongan jawatan guru di Sekolah...

Pekerja Asing Bakal Dilindungi...

KEPALA BATAS - Kementerian Sumber Manusia dalam proses membolehkan pekerja asing mendapat perlindungan...

PasMa Entiti Berdiri Sendiri, Tak Pernah Masuk PAS – Phahrolrazi

Tak sebulu dari dulu. Itu perkara jelas yang sering terjadi dalam kepimpinan PAS apabila Majlis Syura dan kepimpinan tertinggi parti itu tidak sehaluan dengan kewujudan persatuan dalam PAS sendiri, PasMa.

Melalui entri di laman sosial Facebook milik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, beliau dengan sinikalnya ‘menghalau’ PasMa untuk bernaung di bawah sekutu PR yang lain jika masih tidak akur dengan pucuk pimpinan parti itu.

[BACA INI JUGA: Presiden PAS Saran PasMa Sertai DAP!]Untitled (1)

Tidak mengambil masa yang lama untuk memberi reaksi, Presiden PasMa, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dalam kenyataannya hari ini berkata, pihak yang sepatutnya keluar dari PAS adalah pihak yang tidak bersetuju dengan prinsip Pakatan Rakyat.

Jelasnya, tindakan tersebut patut diambil kerana muktamar PAS sebelum ini telah sebulat suara untuk bersama dalam PR.

Ujarnya kepada portal Malaysiakini, “Itu keputusan PAS dan muktamar. Jadi siapa yang tak bersetuju dengan prinsip (bersama pakatan), tak bersetuju dengan PAS maka dia kena keluar PAS.”

Tambahnya lagi, keputusan yang tidak selari dengan pemimpin PAS bukan bermakna tidak bersetuju dengan parti. “Kalau tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin dan sebagainya itu cuma pendapat sahaja tidak payahlah keluar PAS.”

DS Abdul Hadi Awang


Bukan itu sahaja, lebih pedas lagi, Phahrolrazi berkata, kenyataan Hadi tersebut tidak relevan kerana keahlian PasMa bukan semuanya diisi oleh ahli PAS.

PasMa ini NGO yang berdiri di bawah entiti berdiri sendiri, jadi tak timbul keluar masuk PAS sebab dia (PasMa) tidak pernah masuk PAS pun. Jadi dia nak tuju pada PasMa tidak relevan.

PasMa tidak ada kena mengena dengan PAS, Hadi tuju pada ahli PAS.”

– MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

PasMa Sudah Bertapak Di Tujuh Negeri Dan Bakal Lebarkan Sayap Lagi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori