KUALA LUMPUR – Perlawanan Persahabatan antara pasukan Negeri Sembilan dan Melaka dipindahkan ke Stadium Hang Jebat di Melaka.
Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) memberitahu, perpindahan lokasi perlawanan itu berikutan Stadium Paroi di Negeri Sembilan akan digunakan oleh Pasukan Harimau Muda B.
“Perlawanan persahabatan di Stadium Hang Jebat untuk memberi laluan kepada pasukan pelapis negara iaitu Pasukan Harimau Muda B yang akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan sebuah kelab dari Iran yang ditetapkan pada 9 Januari 2015,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, keputusan memberi laluan kepada skuad pelapis negara itu dibuat oleh pengurusan pasukan Negeri Sembilan kerana semua vanue di Lembah Kelang diguna pakai atau sedang dibaik pulih untuk persiapan Liga Malaysia yang akan bermula pada Februari 2015.
Kata kenyataan itu, ia satu langkah yang baik untuk memberikan laluan kepada Harimau Muda B dan peluang kepada penyokong Negeri Sembilan menyaksikan pasukan berkenaan beraksi.