Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sedih.. Luahan Hati Ibu...

PILU.. Itulah yang dapat dilihat melalui luahan hati seorang yang dipanggil ibu apabila...

UTM Disenarai Antara 100...

KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) disenaraikan sebagai antara 100 Universiti Terbaik...

Pusat Perubatan Prince Court...

Kuala Lumpur – Selepas peristiwa gempa bumi dahsyat yang berlaku di Turkiye dan...

Polis Yakin Dapat Jejak...

SHAH ALAM – Polis yakin dapat menjejaki suspek yang terlibat dalam kejadian tembak...

Pasukan Polis Marin Tawau Berkas 19 Pati

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan 19 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berusia antara satu hingga 54 tahun di Jalan Apas, semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata kesemua PATI berkenaan ditahan hasil pemeriksaan ke atas sebuah van yang dinaiki PATI berkenaan di Batu 5.

“PATI berkenaan menaiki sebuah van di belakang Pasar Besar Tawau sekitar 12.30 tengah hari semalam (Jumaat). Van berkenaan menuju ke Jalan Apas dan anggota PPM mengekorinya sehingga di Batu 5 sebelum mengarahkan van itu berhenti,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semasa melakukan pemeriksaan, pihaknya mendapati lapan lelaki dan 11 wanita berada di dalam van itu dan mereka tidak memiliki dokumen perjalanan.


Mohamad berkata kesemua PATI itu akan didakwa mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/1962.

Pemandu van berusia 39 tahun pula akan didakwa mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan 2010. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori