Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Elon Musk Derma 50...

NUKU’ALOFA, Tonga – Kerajaan Tonga memaklumkan bahawa jutawan dan pengasas Tesla, Elon Musk...

Pemandu Van Mengaku...

KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Op Aidilfitri: JPJ N.Sembilan...

SEREMBAN - Sebanyak 2,504 kenderaan diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena Op Hari...

433,000 Peminjam PTPTN Dikeluarkan...

PUTRAJAYA - Kira-kira 433,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang dikeluarkan...

Penyokong Perak Kena Pukul Di Paroi, PBNS Mohon Maaf

download

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) kesal dengan insiden pergaduhan membabitkan penyokong pasukan dengan penyokong Perak di Stadium Paroi pada 16 Januari lalu.

PBNS dalam satu kenyataan berkata, persatuan bola sepak itu sangat terperanjat apabila menerima maklumat mengenai insiden dalam perlawanan persabahatan yang juga bertujuan mengisi Tabung Mangsa Banjir.

“Kami amat terperanjat atas kejadian berdarah yang berlaku di Paroi selepas perlawanan persahabatan Negeri Sembilan dan Perak pada hari Jumaat lalu. Tidak tahu apakah puncanya.

“Tetapi kejadian ini amat memalukan rakyat dan penyokong setia bola sepak Negeri Sembilan,” kata kenyataan itu melalui laman Facebook rasmi PBNS.


Menurut PBNS, kelakuan samseng dalam kalangan penyokong bola sepak Negeri Sembilan perlu dibendung oleh semua pihak termasuk dengan melaporkan kepada pihak berkuasa jika mendapati wujud anasir itu.

Tegas kenyataan itu, sukan bola sepak untuk mengeratkan perpaduan bukannya untuk menjadi punca perbalahan.

“Walau apapun alasan, kami memohon maaf kepada penyokong Perak atas kejadian yang pertama kali terjadi di Paroi itu. Semoga pihak berkuasa dapat mengenalpasti dan menangkap mereka yang terlibat,” kata kenyataan itu. -MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • PBNS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori