Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Rotan Murid Enggan Solat,...

KAJANG - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara enam bulan...

Penganggur Dipenjara 30 Bulan

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen di...

Logo Halal Baharu Hanya...

PASIR SALAK - Malaysia tidak memerlukan logo halal baharu untuk memasarkan produk Muslim...

Ustaz Kazim Masuk Hospital

IPOH - Pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dirujuk ke sebuah...

PDRM Peruntuk RM1.5 Juta Bantu Anggota Terjejas Banjir

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi membantu anggota serta kakitangannya yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata peruntukan berbentuk wang tunai itu akan disalurkan kepada 1,575 anggota serta kakitangan awam PDRM dalam tempoh terdekat.

“Kita akan beri sumbangan berbentuk wang tunai iaitu antara RM500 sehingga RM1,500 kepada semua anggota yang terlibat banjir iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak dan pengagihan selewat-lewatnya pada minggu depan.

“Peruntukan ini merupakan hasil kutipan iaitu potongan gaji anggota polis pada bulan Januari dan juga wang dari Tabung Kebajikan PDRM, potongan gaji ini berbeza mengikut pangkat anggota,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Pakaian Sekolah Bagi Mangsa Banjir Warga PDRM Kelantan di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan Timbalan Ketua Polis Kelantan Datul Rosli Abdul Rahman.

Beliau berkata pihaknya juga menyediakan bantuan peralatan sekolah kepada anggota dan kakitangan awam terbabit berjumlah RM150,000.


“Bantuan awal yang diberikan adalah seperti pakaian sekolah, kasut dan beg ini, bagi meringankan bebanan dari segi kewangan anggota yang terlibat banjir di tiga negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Perak,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata pihaknya juga akan mengadakan gotong-royong bagi membantu membaik pulih rumah anggota serta kakitangan PDRM yang terjejas banjir.

“Kita akan adakan gotong-royong mega untuk bantu pegawai dan anggota terjejas yang rumah mereka ditenggelami air, kita akan buat kerja pembersihan dan gotong-royong,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak RM15.3 juta diperlukan bagi mengganti serta membaik pulih peralatan polis yang terjejas akibat banjir di
Kelantan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PDRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori