Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Istilah Kekecewaan Tak Wujud...

KUALA LUMPUR – Istilah kekecewaan tidak wujud dalam pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN),...

Pemimpin Hong Kong Enggan...

PEMIMPIN Hong Kong, Leung Chun-ying enggan tunduk kepada desakan penunjuk perasaan yang mahukan...

Amalan Dan Perbuatan LGBT...

JAKARTA : Majlis Ulama Indonesia (MUI) bersama barisan pemimpin organisasi Islam sepakat meminta...

Myanmar Jual Jed Seberat...

YANGON - Batu jed seberat 300 tan, yang ditemui di Hpakant, Kachin akan...

Pejalan Kaki Terkejut, Presiden Berhenti Tumpangkan Kereta!

MONTEVIDEO — Meskipun Presiden Uruguay, Jose Mujica bukan sahaja dikenali di seluruh dunia dengan gelaran presiden paling miskin di dunia, beliau juga terkenal sebagai seorang yang murah hati, lapor akhbar tempatan pada Rabu.

Perkara itu didedahkan seorang lelaki bernama Gerhald Acosta yang menceritakan pengalaman menarik dirinya apabila diberhentikan daripada tempat kerjanya di sebuah kilang kertas terkenal, Montes del Plata dekat sini baru-baru ini.

Di tengah-tengah kesedihan, Acosta terpaksa berjalan kaki untuk menuju balik ke kediamannya sebelum sebuah kereta buruk jenama Volkswagen model Beatle keluaran 1987 tiba-tiba berhenti di bahu jalan serta menawarkan tumpangan.

Ketika itu baharulah Acosta terkejut besar apabila menyedari orang yang menawarkan tumpangan tersebut ialah Presiden Uruguay sendiri bersama-sama dengan isterinya, Lucia Topolansky menaiki kereta berwarna biru kusam itu.

“Saya tidak percaya apa yang saya lihat kerana Presiden Mujica sanggup memberi saya tumpangan, padahal sebelum itu puluhan kereta melepasi saya tanpa menawarkan apa-apa tumpangan pun,” kata Acosta kepada harian El Observador.

Acosta y su publicación en su perfil de Facebook

“Ketika turun dari ‘kenderaan rasmi’ presiden, saya hanya mampu mengucapkan banyak terima kasih kepada beliau sebab tidak semua orang mahu menolong orang susah lain di jalanan, apatah lagi beliau seorang presiden,” tambah Acosta.


Tidak hanya memberi tumpangan, Mujica dan isterinya juga mengizinkan Acosta mengabadikan detik istimewa tersebut yang kemudian dimuat turun oleh lelaki berkenaan menerusi akaun laman sosial Facebook peribadi miliknya. 

Presiden Mujica dan Lucia memang dikenali dengan gaya hidup  sangat sederhana malah bekas pemimpin pemberontak Tupamaro itu menolak tinggal di istana presiden setelah dipilih menjadi Orang Nombor Satu Uruguay pada 1 Mac 2010.

Beliau dan isteri sebaliknya memilih untuk tetap tinggal di rumah pertaniannya yang serba sederhana selain mendermakan sebahagian besar gaji bulanannya sebagai presiden sebanyak 250,600 peso (RM37,000) untuk badan-badan amal.

Awal tahun lalu, jumlah kekayaan Mujica dilaporkan stesen televisyen Al Jazeera hanya sebanyak 7.9 juta peso (RM1.2 juta) namun tidak termasuk sebidang ladang pertanian miliknya bernilai 2.6 juta peso (RM391,000).

Beliau juga memiliki tiga buah traktor kebun dan dua buah Volkswagen Bettle 1987 bernilai 116,375 peso (RM17,213), berbanding Naib Presiden Uruguay, Daniel Astori dengan harta kekayaan 9.5 juta peso (RM1.4 juta). – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori