JOHOR BAHRU – Seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai yang berasal dari Palestin dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai sebuah resort di Batu Layar, Kota Tinggi petang tadi.
Pelajar itu dikenali sebagai Abdul Rahman Al Najar, 28, penuntut ijazah kedoktoran.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat negeri Mohd Rizal Buang berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 4.32 petang.
Dipercayai 20 individu lain turut mandi di pantai berkenaan bersama mangsa.
Beliau berkata keadaan laut adalah bergelora beserta angin kencang.
Operasi menyelamat sedang dijalankan. – BERNAMA