Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

UMNO Salur Bantuan Segera...

MELAKA - UMNO hari ini menyalurkan bantuan segera seperti makanan dan keperluan asas...

Mayat Terakhir, Muhammad Aiman...

HULU SELANGOR - Mayat terakhir mangsa lemas di anak Sungai Selangor di Kampung...

[TIDAK RASMI] Tok Mat...

REMBAU : Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan terus mendahului empat...

Pizza Hut Kaji Impak...

PETALING JAYA - Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd dan lebih 20 vendornya sedang...

Pelajar Maut Kemalangan Dekat Nilai Malam Tadi

NILAI – Seorang pelajar sekolah menengah maut setelah motosikal yang ditungganginya terbabas lalu terbakar di KM 281.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdullah Roning berkata mangsa adalah pelajar tingkatan empat, Muhammad Imran Saharani, 16, dari Taman Impian Ehsan 3, Seri Kembangan, Selangor.

“Dalam kejadian pada kira-kira pukul 10.15 malam itu, mangsa sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban. Ketika sampai ditempat kejadian mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas lalu bergesel dengan penghadang lebuh raya, sebelum tercampak ke atas jalan raya, manakala motosikalnya terbakar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya mangsa yang cedera parah di kepala dan badan, mati ditempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk bedah siasat.

Abdullah berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu di KULIM, seorang pekerja kilang meninggal dunia apabila motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah van yang membuat pusingan U di lampu isyarat Taman Perak, Lunas petang semalam.


Ketua Polis Daerah Kulim Supt Abdullah Arshad berkata, dalam kejadian yang berlaku pada 4 petang itu, motosikal ditunggang mangsa dikenali sebagai Mohamad Haziq Noor Azmi, 20 sedang menuju ke Taman Lobak dari Taman PKNK.

“Mangsa dikatakan cuba mengelak van terbabit tetapi gagal dan melanggar van itu menyebabkan motosikalnya terbabas lalu mangsa tercampak ke tembok pintu masuk kilang tersebut,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mangsa yang berasal daripada Lorong Timah 4, Taman PKNK disini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian badan dan kepala, kata beliau.

Abdullah berkata mangsa merupakan seorang pekerja kilang Teniworld Sdn Bhd di Perai, Pulau Pinang dan jenazah mangsa telahpun dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat kira-kira pukul 8.30 malam tadi. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=iv_Kbj_7VWw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori