Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

435 Kertas Siasatan Berkaitan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 435 kertas siasatan berkaitan kes hasutan yang menyentuh sensitiviti...

Individu Dakwa Penempatan Baharu...

SIBU - Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak Dr Annuar Rapa’ee mencabar...

7 NGO Lapor Polis...

KUALA LUMPUR - Tujuh badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis...

Felda United Raih Kemenangan...

SHAH ALAM - Wakil negara, Felda United mencatat kemenangan pertama dalam bola sepak...

Pelajar Tingkatan 4 Maut, Seorang Parah Dilanggar Lari

KUANTAN – Seorang pelajar tingkatan empat maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian langgar lari di Kilometer 19, Jalan Mempaga-Chinta Manis dekat Bentong, Selasa.

Penunggang motosikal, Haikal Asraf Hairol Hashim, maut di tempat kejadian dalam kemalangan pukul 3 petang itu manakala pemboncengnya Mohd Farid Suhaizat Kamarudin, kedua-dua berusia 16 tahun, patah paha kanannya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor berkata kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Kampung Sertik itu berasal dari Felda Mempaga 3, Karak.

maut 2

Katanya mangsa dalam perjalanan dari arah Karak menghala ke Mempaga dan cuba memotong sebuah kenderaan apabila motosikal mangsa terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler.


Beliau berkata sehingga kini pemandu treler terbabit belum membuat laporan polis dan beliau meminta saksi kejadian supaya tampil memberi kerjasama bagi membantu siasatan.

Mohamad Nor berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat manakala pembonceng yang parah itu juga dirawat di hospital sama. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=7ZsKqfh9bHs

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori