Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

VIDEO : KJ Lancarkan...

TUMPAT - Deruman enjin motosikal bergema sekitar Pengkalan Kubor di Tumpat apabila Jentera...

UMNO Setuju Cadangan Akta...

KUALA LUMPUR - Cadangan memperkenal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik mampu mengukuhkan keadaan...

Mi Daging Paling Sedap...

BEIJING - Seorang peniaga di Taiwan menjanjikan hidangan mi daging paling sedap di...

“Kenapa Perlu Takut Dengan...

KUALA LUMPUR – “Mengapa perlu takut berkaitan jihad? ‘Jihad means struggle. Nothing to...

Al-Fatihah.. Pelajar UTM Hilang Di Batu Layar Ditemui Mati Lemas

JOHOR BHARU – Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, yang hilang ketika mandi di pantai sebuah resort di Batu Layar, Kota Tinggi, semalam, ditemui mati lemas, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat negeri Mohd Rizal Buang berkata mayat Abdul Rahman Al Najar, 28, penuntut ijazah kedoktoran yang berasal dari Palestin itu, ditemui pada 9.45 pagi.

“Gerakan mencari dan menyelamat Abdul Rahman yang dihentikan malam tadi disambung semula 7 pagi ini.

“Mayatnya ditemui terdampar di atas batu oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bomba pada jarak tiga kilometer dari lokasi kejadian,” katanya.


Mohd Rizal berkata mayat kemudian dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Dalam kejadian petang semalam, 20 individu lain turut mandi di pantai berkenaan, bagaimanapun, kesemua mereka selamat.

Keadaan laut juga bergelora berserta angin kencang, ketika kejadian berlaku dan bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.32 petang semalam, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori