HENDAK ketawa jadinya melihat promosi yang ditawarkan pasaraya ini.
Selalunya barang promosi memang dinanti-nantikan pengguna ekoran harga yang ditawarkan lebih murah daripada biasa.
Namun sebaliknya berlaku di sebuah pasaraya apabila harga promosi lebih mahal pula daripada harga biasa baranganĆāĆĀ tersebut.
Promosi yang ditawarkan bermula 19 Januari hingga 8 Februari bagi makanan sejuk beku ini nampak benar seperti ada yang tak kena.
Mana tidaknya, harga promosi yang ditawarkan RM5.99 tetapi yang musykilnya harga biasa seperti tertera di situ,ĆāĆĀ cuma RM4.50.
Kan jauh lebih murah dan berbaloi jika dibeli pada harga biasa daripada harga promosi?
TakĆāĆĀ dinafikan mungkin adaĆāĆĀ kesilapan ketika mencetak makluman promosi hingga perkara ini berlaku tapi ia tetapĆāĆĀ boleh mendatangkan kekeliruan kepada pengguna.
Diharapkan pihak pasaraya lebih peka dalam urusan melibatkan wang ringgit pengguna selepas ini. -MYNEWSHUB.CC
Video Typo Media Malaysia
https://www.youtube.com/watch?v=C48umYivPkI