Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anina Tarik Balik Saman...

KUALA LUMPUR - Bekas anggota Wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin hari ini menarik...

Polis Bagi Amaran Batalkan...

Johor Bahru : Polis memberi amaran keras supaya penganjuran acara dipercayai parti seks...

Budak Empat Tahun Minta...

KANAK-KANAK zaman sekarang dah banyak sangat terdedah dengan dunia internet tanpa kawalan orang...

Seorang Lelaki Miliki 430...

BESUT - Polis Besut menahan seorang lelaki yang memiliki sebanyak 430 biji pil...

Peluang Tipis Temui Semua Mangsa Nahas AirAsia QZ8501

JAKARTA – Ketua Badan Operasi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), SB Supriyadi memberitahu, peluang untuk menemui kesemua mayat penumpang pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa adalah tipis.

Supriyadi yang dipetik portal berita VIVAnews dilaporkan berkata, beliau tidak dapat memberi jaminan bahawa semua mangsa yang terbunuh dalam nahas pada 28 Disember lalu dapat ditemui.

“Peluang untuk menemui semua mayat adalah tipis sekitar 20 peratus,”katanya di Parlimen negara itu semalam.

Ujarnya, tempoh operasi mencari dan menyelamat sudah dilanjutkan sebanyak dua kali dan akan sampai satu tempoh untuk dihentikan.

Tambahnya, beliau akan ke Surabaya untuk memberi penerangan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas berkenaan.


Sementara itu, stesen MetroTV memetik seorang pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia sebagai berkata, satu serpihan besar pesawat QZ8501 ditemui pada kedalaman 30 meter di lokasi pesawat itu dipercayai terhempas di Laut Jawa.

Pasukan mencari dan menyelamat masih berharap lebih banyak mayat yang dipercayai masih terikat di kerusi yang terdapat di badan pesawat dapat ditemui apabila serpihan berkenaan dikesan.

Sehingga kini sebanyak 48 mayat daripada 162 penumpang pesawat milik AirAsia Indonesia itu telah ditemui.

Pesawat jenis Airbus A320-200 itu hilang dari radar kira-kira 40 minit selepas berlepas dari Surabaya, Indonesia menuju ke Singapura. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori