Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Buka 10 Kertas...

GEORGETOWN - Polis telah membuka 10 kertas siasatan dan menahan lima individu kerana...

PKR Mahu Anjur Kempen...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengumumkan akan...

PAN Kesal Cukai Arak...

ENTAH di mana silapnya 'kecerdikan', seorang wakil PAN hari ini mengatakan cukai minuman...

Tiada Catatan Minit KWAP...

KUALA LUMPUR – Seorang saksi mengakui seseorang yang berjawatan tinggi seperti perdana menteri...

Pemakaman Raja Abdullah Ringkas, Makam Tidak Bertanda

Media-media barat melaporkan pengebumian Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz yang mangkat kelmarin diberikan pengebumian yang ringkas dan sederhana kerana dimakamkan di kubur yang tidak pun tertulis namanya.

Difahamkan, baginda mempunyai aset tidak rasmi kira-kira AS$20 bilion yang boleh membina 13 buah Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Baginda juga merupakan pemerintah bagi negara yang merupakan pengeluar minyak utama di dunia.

BACA JUGA – Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Mangkat

Bagaimanapun, para pemerintah Arab Saudi apabila mangkat mereka memang dikebumikan dalam cara yang mudah dan cukup sederhana mengikut ajaran Islam.

Almarhum Raja Abdullah, dimandikan, disolatkan selepas solat Jumaat, dan terus dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan tanpa sebarang perarakan dan tanpa makam marmar.

MakamRajaAbdullah_2

MakamRajaAbdullah _4


RajaAbdullah_1 RajaAbdullah_2 RajaAbdullah_3 RajaAbdullah_4

Laporan NBCNews.com menyebut ‘tiada kereta kuda emas’, pengebumian Pemerintah Arab Saudi Raja Abdullah Jumaat lepas dilihat ringkas dan mengikut apa yang diajarkan dalam agama Islam yang diamalkan oleh keluarga Diraja paling kaya di dunia.

Jenazah dimandikan mengikut ajaran Islam, Almarhum kemudian dikafankan dengan dua helai kain putih, amalan biasa untuk semua orang Islam. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori