Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

12 Mayat Tragedi Kapal...

BEIJING – Sebanyak 12 mayat ditemui susulan insiden sebuah yang kapal karam di...

Program PATI Pulang Secara...

PUTRAJAYA - Selepas detik 12 tengah malam ini maka berakhirlah peluang pendatang tanpa...

BN Bukan Parti Untuk...

BUKIT MERTAJAM - Barisan Nasional (BN) perlu menampilkan imej yang lebih segar dan...

Isu Rotan: Ambil Kira...

KOTA BELUD - Kerajaan perlu menimbang pandangan pelbagai pihak sebelum menggubal rang undang-undang...

Pemandu Lori Mati Ditembak Depan Rumah Di JB

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu lori maut ditembak di hadapan rumah rakannya di Bandar Putra, Kulaijaya, awal hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Tan Moh Chuan berkata M.Magen, 32, cedera parah akibat terkena beberapa das tembakan dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kulaijaya, di sini.

Tan berkata Magen ditembak dari jarak dekat dalam kejadian kira-kira 3 pagi oleh suspek yang dipercayai menunggang motosikal.

Beliau berkata polis sedang menyiasat motif kejadian dan satu pasukan khas ditubuh bagi menyiasat kes tersebut secara terperinci.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh, katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya 07-6632222. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori