Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hanez Mohon Hormati Status...

BARU-BARU ini, penyanyi kelahiran Singapura iaitu Awi Rafael mendedahkan dia mengenali tunangnya, Atikah...

Kadar Tol Kereta Di...

KUALA LUMPUR - Kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau...

Polis Rampas 16 Senjata...

LANGKAWI - Polis Kedah merampas 16 senjata api termasuk raifal dan senapang patah...

Bomba Selamatkan 12 Mangsa...

KUCHING - Sebanyak 12 pendaki terkandas ketika menuruni Gunung Santubong dengan salah seorang...

Pemansuhan Surcaj Bahan Api Tak Turunkan Pulangan Air Asia

KUALA LUMPUR – Langkah syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, memansuhkan surcaj bahan api berikutan penurunan harga bahan api jet, dijangka tidak menyebabkan hasil syarikat itu turun mendadak.

RHB Research Institute dalam nota penyelidikannya berkata penurunan itu tidak akan menjejaskan teruk hasil yang telah pun mencecah paras terendah semasa krisis kewangan dunia 2008, sejak tahun kewangan 2013.

Ia berkata berikutan saingan tempatannya, Malaysia Airlines, mengurangkan kapasiti, terutama penerbangan dalam negeri, permintaan kini mengatasi bekalan, dan dapat menampan impak penurunan hasil akibat pemansuhan surcaj bahan api.

“Kami kini menjangkakan hasil susut dua peratus tahun ini berbanding unjuran awal iaitu peningkatan lima peratus,” katanya.

Ia berkata pelarasan lain yang dibuat termasuk kerugian yang lebih besar yang dicatat AirAsia Indonesia kepada RM100 juta daripada RM30 juta yang dijangkakan sebelum ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, RHB Research berkata sekutu penerbangan jarak jauh AirAsia, AirAsia X, boleh menaikkan kadar tambang untuk mengimbangi pemansuhan surcaj bahan api.


Ia berkata AirAsia X tidak mampu lagi mencatat penurunan hasil kerana ia boleh meningkatkan risiko mencatat kerugian.

“Bagaimanapun, impak keseluruhannya akan menurunkan unjuran pertumbuhan hasil kewangan 2015 sebanyak enam peratus daripada lapan peratus, sebelum ini,” katanya.

Kos bahan api jet yang lebih rendah juga boleh menyebabkan syarikat itu mencatat keuntungan bersih teras yang kecil pada tahun kewangan 2015.

RHB Research mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas AirAsia, namun menyemak semula harga sasaran kepada RM3.39 daripada RM3.47.

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu juga mengekalkan saranan ‘jual’ ke atas AirAsia X, dan meningkatkan harga sasarannya kepada 61 sen daripada 58 sen sebelum ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori