Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Keterlaluan Kaitkan Negaraku Dengan...

KUALA LUMPUR - Mengaitkan tindakan memainkan lagu Negaraku di panggung wayang dengan era...

Suami Isteri Ditetak Penagih...

PENDANG - Sepasang suami isteri cedera parah akibat ditetak penagih tegar di Felda...

Aduhai Sedap Nyer Gulai...

Bahan bahan:Perut lembu - potong 1 asam keping 2 helai daun limau purut Garam 1 1/2 santan...

2 Lelaki Bakar Ibu...

PADANG - Polis menembak mati dua suspek militan yang disyaki membakar bangunan ibu...

Pemberian Lebih Bermakna Tampung Kos Sara Hidup

BUKIT MERTAJAM – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 4.0 kali ini lebih bermakna berikutan cabaran ekonomi dan peningkatan kos sara hidup.

Halijah Abdullah, 70, berkata pemberian kali ini lebih bermakna berbanding tahun sebelumnya kerana kenaikan harga barangan dan untuk membeli ubat-ubatan bagi meringankan beban anak-anak yang juga kesempitan menguruskan kehidupan sendiri.

“Cara pemberian secara beransur-ansur juga elok terutama semasa ekonomi yang tidak menentu. Kalau diberi sekali gus, wang itu akan dihabiskan sekelip mata,” katanya yang telah tiga kali menerima BR1M.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Penyampaian BR1M peringkat Pulau Pinang, yang dirasmikan Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, di sini hari ini.

Bagi Halmiah Hasan, 63, pemberian BR1M RM950 amat membantu kehidupannya terutama untuk menampung kos perubatan serta wang itu akan disimpan untuk masa kecemasan.

“Tahun ini kita lihat harga barang naik, hidup pun susah. Jadi wang BRIM ini sedikit sebanyak meringankan beban dan cara pemberian bagus kerana  beransur-ansur.

“Macam hari ini kita dapat RM300 nanti kita akan dapat lagi, jadi kehidupan itu lebih terancang daripada menggunakan wang itu sekali gus,” kata Halmiah.


R. Nandiri, 40, berkata pemberian BR1M diterima pada masa yang tepat kerana tekanan kos sara hidup berikutan ekonomi tahun ini yang dilihat agak lembap dan mencabar.

“Harga barang pun naik, kena belanja untuk persekolahan anak-anak dan kehidupan harian. Pemberian ini menunjukkan kerajaan prihatin dan sedar kesusahan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata sebanyak 283,800 penerima BR1M di Pulau Pinang yang melibatkan RM218.3 juta dan daripada jumlah itu, 14,900 orang atau lima peratus daripadanya menerima wang tunai kerana tidak memiliki akaun bank.

Dalam belanjawan 2015, kerajaan menaikkan kadar BR1M kepada RM950 daripada RM650 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah yang akan dibayar secara tiga kali ansuran iaitu pada Januari, Mei dan September.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 manakala bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar itu dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BR1M

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori