Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nur Nina Farisha Teruja...

KUALA TERENGGANU - "Hidup saya kini lebih tenang dan gembira menjalani kehidupan sebagai...

Video Ke-2 Dedah ADUN...

GEORGE TOWN - Dakwaan berhubung isu kontroversi bayaran tunai untuk mendapatkan rumah melibatkan...

MB Johor Ucap Takziah...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan pemergian...

Boleh Tumbangkan Kerajaan Islam...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin...

Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Mangkat

RIYADH – Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz al Saud mangkat, lapor stesen rasmi Arab Saudi sebentar tadi. Baginda berusia 90 tahun.

Kemangkatan Raja Abdullah pada mulanya diumumkan melalui satu kenyataan media oleh Mahkamah Diraja Arab Saudi bahawa baginda mangkat pada pukul 1 pagi (waktu tempatan) kira-kira pukul 6 pagi waktu Malaysia pagi ini.

Jenazah Raja Abdullah akan dikebumikan selepas selesai Solat Jumaat hari ini, memetik laporan Channel News Asia.

Sebelum itu, baginda telah menerima rawatan di hospital Disember lepas kerana penyakit pneumonia dan dikatakan menggunakan alat membantu pernafasan.

Raja Abdullah mula memerintah Arab Saudi pada tahun 2005.


Jalan raya di sekitar Riyadh hari ini dilihat sunyi dan lengang berikutan kemangkatan baginda.

Kebanyakan rakyat Arab Saudi menyuarakan kesedihan mereka melalui media sosial.

Dalam satu akaun twitter dengan pengguna nama, Shaima dia berkata “Kami tidak kehilangan seorang Raja, kami kehilangan seorang bapa,”. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori