SEWAKTU malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) baru-baru ini pelakon Sharnaaz Ahmad dikhabarkan telah menghantar tweet mengucapkan tahniah kepada bekas kekasihnya, Shila Amzah atas persembahan hebat sewaktu menyampaikan lagu Masih Aku Cinta.
Pasti ramai yang tahu lagu tersebut mempunyai makna cukup mendalam kerana ia ditulis selepas kedua-duanya mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kerana pelbagai masalah yang pernah timbul sebelum itu.
Bagaimanapun, menerusi akaun Instagram, Shila telah memuatnaik video nyanyian lagu tersebut dengan lirik yang ditukar seolah-olah membalas tweet yang disampaikan oleh Sharnaaz itu.
Ia berbunyi:
“Ku dah temui bahagia,
Walaupun engkau tidak bersama,
Dan aku takkan ada sampai bila-bila,
Dari jauh engkau tidak ku cinta.”
http://instagram.com/p/yD2E7rhk7O/?modal=true
http://instagram.com/p/yD-jeshk1d/?modal=true
Video tersebut secara tidak langsung mengundang pelbagai komen daripada para pengikutnya dan rata-rata mereka menegur Shila yang dilihat tidak matang dalam hal itu.
Pada hemat kami, penyanyi itu mahu memberi mesej bahawa dia sudah move on dalam kisah cintanya itu.
Namun sebaliknya, tindakannya itu seolah-olah memperlihatkan dia sebenarnya masih ‘kecewa’ dengan apa yang pernah berlaku sebelum ini.
Menerusi Melodi TV3 hari ini, Sharnaaz itu memberitahu tweet itu merupakan ucapan ikhlas daripada seorang kawan dan tidak ada kena mengena dengan apa yang pernah terjadi sebelum ini.
“Kita baling bunga pada dia, dia baling **** pada kita. Nak buat apa, kan? Itu cara dia. Saya tak nak tengok kawan-kawan saya jatuh. Shila sudah berada pada satu tahap yang sangat-sangat tinggi. Saya dan keluarga saya semua sokong dia,” katanya.
Hmm, sudah-sudahlah tu Shila..
Cubalah positif kerana apa yang berlaku sebelum ini telah memberikan hikmah begitu besar sehingga mampu melonjakkan nama anda hingga ke peringkat antarabangsa, tak gitu? -MYNEWSHUB.CC
Oleh: ELZA