Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SPRM Rujuk Keputusan Peguam...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merujuk keputusan Peguam Negara Tan...

Pengusaha Stesen Minyak Dakwa...

KUALA LUMPUR - Kenaikan komisen pengusaha stesen minyak sebanyak tiga sen didakwa gagal...

3 Projek PPR Sedang...

SEREMBAN, 25 Sept (Bernama) -- Sebanyak tiga Projek Perumahan Rakyat (PPR) sedang dibangunkan...

PGM Sasar Empat Pemain...

KUALA LUMPUR – Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) menyasarkan bagi empat pemain Malaysia...

Penagih Dadah Terkurung Dalam Almari Tak Berkunci

Daytona – Dua penagih dadah menghabiskan masa dua hari terperangkap dalam almari yang mereka percaya dikunci sehingga polis membebaskan mereka dan mendapati almari itu sebenarnya tidak pernah berkunci.

Amber Campbell, 25, dan John Arwood, 31, memecah masuk ke Pusat Marin dan Sains Alam Sekitar di Daytona, Florida dan memasuki almari itu untuk menghisap dadah.

Selepas khayal, pasangan itu dipercayai terlupa cara untuk keluar dari almari itu dan terperangkap selama dua hari sebelum mereka akhirnya menelefon polis, kelmarin.

Polis yang pergi ke bangunan itu menemui almari tempat pasangan itu bersembunyi kerana bau najis yang amat busuk.


Almari itu penuh najis dan air kencing pasangan berkenaan. Polis juga menemui beberapa peralatan menghisap dadah di dalamnya.

Dalam keterangannya kepada polis pasangan itu berkata, mereka dikejar orang yang tidak dikenali selepas menceroboh pusat berkenaan menyebabkan mereka menyorok di dalam almari itu. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=gS7tZZ8ICio

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori