Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Tertua Meninggal Dunia...

SAKARI Momoi yang mendapat pengiktiran Guinness World Records sebagai lelaki tertua di dunia dilaporkan...

Kerajaan Pinda Akta Tangani...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meminda Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak...

Cari Formula Terbaik Untuk...

PEKAN - UMNO perlu mencari formula terbaik untuk keluar daripada kemelut semasa parti,...

Diplomat Muda Perlu Manfaatkan...

KUALA LUMPUR - Diplomat muda perlu memanfaatkan pengalaman berbilang kaum dan budaya di...

Penangguhan Sesi Persekolahan Hanya Di 3 Negeri – Idris

KUALA TERENGGANU – Tiada lagi penangguhan bagi permulaan sesi persekolahan 2015 di seluruh negara kecuali di tiga negeri iaitu Kelantan, Pahang dan Perak yang ditambah seminggu lagi.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata di Kelantan hanya empat sekolah yang belum boleh dibuka, manakala Pahang dan Perak mengalami situasi lebih teruk membabitkan lebih banyak sekolah.

“Sebenarnya di Kelantan kita dapati hanya empat sekolah yang tidak boleh dibuka tetapi di Pahang dan Perak lebih teruk kerana banjir lewat melanda negeri berkenaan.

“Jadi sesi persekolahan di negeri lain iaitu Pantai Timur akan bermula esok, manakala Pantai Barat pula lusa,” katanya selepas melakukan lawatan ke kawasan pantai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terjejas teruk oleh hakisan, hari ini.

Katanya, esok beliau akan melakukan lawatan ke beberapa sekolah di Kelantan termasuk di daerah Tumpat, Pasir Mas dan Kuala Krai yang terjejas teruk akibat banjir bagi melihat tahap kesediaan mereka bagi memulakan sesi persekolahan. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori