Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jatuh Hari Pertama Sekolah,...

PENGHIDAP obesiti Arya Permana, 10, dari Indonesia digelar budak tergemuk di dunia kerana memiliki...

Samsung Lancar Note 4...

SEOUL - Pengeluar telefon mudah alih terbesar dunia, Samsung Electronics Co Ltd (Samsung)...

Malaysia Mesti Lebih Bijak...

PAKATAN Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 lalu dengan kempen isu penguasaan...

KPKT Sasar 41 PPR...

PETALING JAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan pelaksanaan program Sanitasi...

Penduduk Kampung Baru Tidak Tolak Pembangunan – PAS

KUALA LUMPUR – Penduduk Kampung Baru di sini tidak menolak pembangunan di kawasan mereka, kata Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa, Abdullah Abdul Wahab.

Kata beliau, penduduk kampung berkenaan bagaimanapun tidak diberikan penerangan yang jelas tentang mekanisme pembangunan yang akan dilaksanakan kerajaan.

“Antaranya seperti isu perlu berpindah atau tidak, kalau berpindah ke mana, apa yang berlaku sepanjang tempoh pemindahan tersebut dan soal pampasan.

“Ini semua persoalan yang perlu diberi penerangan yang jelas kepada mereka iaitu pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdullah berkata, kerajaan perlu juga memberi jaminan berkenaan status tanah Kampung Baru sama ada ia akan kekal dimiliko oleh orang Melayu selepas pembangunan dilaksanakan.


Media pada 15 Januari lalu melaporkan cuma 10 peratus penduduk Kampung Baru tidak bersetuju dengan pembangunan di kawasan tersebut.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dipetik berkata, bilangan cuma 10 peratus itu tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang pembangunan tersebut. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=gcIcDFQZipQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori