Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Program Dampingi Masyarakat ‘Armada...

KUCHING - Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini melancarkan program 'Armada Pemuda...

Isu MARA: SPRM Sudah...

Kuala Lumpur : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melengkapkan siasatan berhubung dakwaan...

Bazar Ramadan Lorong TAR...

KUALA LUMPUR - Bazar ramadan Lorong Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan...

Neelofa Kekal Ikon Tahun...

KUALA LUMPUR – Selebriti dan ahli perniagaan, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa...

Penduduk PPR Mahukan Keselamatan Sentiasa Terjamin

SUSULAN kematian adik Muhammad Zulhazriq Danish Alden, 5, penduduk di kawasan perumahan PPR, Seksyen 8, Kota Damansara berharap agar tahap keselamatan di kawasan kediaman mereka akan dipertingkatkan selain diberi keutamaan oleh pihak berwajib.

Menurut salah seorang penduduk, Hawa Hashim, 47, yang sudah tujuh tahun menetap di Blok A kawasan perumahan tersebut, dia mengharapkan kematian tragik adik Zulhazriq dapat membuka mata pihak berwajib untuk mengambil sebarang tindakan bagi membaiki segala kerosakan yang ada di situ.

kes jatuh 1
Hawa Hashim

“Kita nak keselamatan terjamin untuk anak-anak kita, anak-anak jiran kita dan untuk semua penduduk di sini juga (agar kejadian malang menimpa adik Zulhazriq tidak lagi berulang)),” katanya.

Sementara itu, Mynewshub sempat menemubual Zarina Johan, 50, pengawal keselamatan Blok B yang merupakan di antara salah seorang saksi pertama yang bergegas ke tempat kejadian selepas adik Zulhazriq terjatuh.

kes jatuh
Zarina Johan

Menurutnya, pada mulanya dia menyangka ada penduduk yang membuang sampah dari tingkat atas ekoran bunyi dentuman kuat yang didengari sebelum menyedari seorang budak terjatuh dari aras enam blok tersebut.
“Waktu kejadian saya memang bertugas dan saya terdengar satu dentuman kuat, ingatkan orang buang sampah, tapi bila ada dua orang pekerja ‘maintenance’ beritahu ada budak jatuh, terus saya bergegas ke sana.

“Saya kenal mak bapak dia (mangsa), bila saya jerit anak dia jatuh, saya nampak lah mak bapak dia berlari turun tangga dan sebaik nampak anak dia, emak dia dah lemah dan terkejut sampai dia terus terkam anak dia,” katanya.

kes jatuh 2
Johari Nander

Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan PPR Seksyen 8, Kota Damansara, Johari Nander pula mengesahkan kejadian adik Zulhazriq ini merupakan kali kedua yang berlaku di kawasan perumahan tersebut.

Kejadian pertama turut melibatkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang terjatuh dari tingkat 14, Blok D akibat kerosakan pada jeriji besi pada Jun 2013.


Sejurus selepas insiden itu, pihaknya ada mengemukakan aduan kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) mengenai tahap keselamatan di setiap blok yang hampir keseluruhannya mengalami permasalahan jeriji rosak yang tercabut dari tempat asalnya.

“Selepas kejadian pertama pada 2013, kita ada buat aduan dan mereka (pihak berwajib) ada buat (kerja-kerja baik pulih jeriji) tetapi tidak secara menyeluruh.

“Kami mahukan suatu tindakan susulan yang pantas agar tidak berlaku lagi kejadian ketiga yang melibatkan perkara seperti ini,” katanya.

Untuk makluman, flat Perumahan PPR Seksyen 8 ini mula didiami sejak 2002, berketinggian 18 tingkat dan mempunyai empat blok, A, B, C dan D. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR

Foto/Video:  RIZA RAZAK

https://www.youtube.com/watch?v=UySaUs98Hwo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori