Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pejalan Kaki Maut Insiden...

KOTA KINABALU - Seorang pejalan kaki maut dalam kejadian langgar lari di Kilometer...

AirAsia Rancang Tambah Tiga...

JAKARTA - AirAsia sedang mempertimbang untuk menambah tiga lagi destinasi ke laluan Malaysia-Indonesia,...

Video: “See You In...

DEK kerana meninggalkan seekor kucing di dalam kereta, seorang wanita telah dimarahi kerana...

Wan Saiful Hantar Surat...

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan...

Penemuan Bom: 2 Wanita, Seorang Lelaki Ditahan

KEPALA BATAS – Polis menahan dua wanita dan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan sebutir bom tangan di sebuah rumah di Kampung Lalang, Bukit Mertajam dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, mereka yang ditahan kira-kira 3 petang semalam itu adalah isteri dan dua adik ipar pemilik rumah berkenaan yang ditahan Rabu lepas.

“Isteri lelaki itu berusia 30-an dan tidak bekerja manakala adik iparnya masing-masing awal 20-an juga menetap di rumah berkenaan.

“Siasatan polis mendapati pemilik rumah yang berusia 36 tahun itu dan seorang lelaki yang ditahan bersamanya pada Rabu (28 Jan) adalah anggota geng Joe Mafia iaitu banduan yang ditembak mati selepas meloloskan diri dalam kejadian 7 Januari dua tahun lepas,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, sebutir bom tangan yang dibungkus plastik dan disembunyikan dalam beg plastik mengandungi beras pulut ditemui sepasukan polis yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan pada 10 pagi.

Pemeriksaan di rumah itu dibuat hasil soal siasat terhadap dua lelaki berumur 28 dan 36 tahun yang ditahan kerana disyaki pernah memberi perlindungan kepada banduan yang lolos dalam kejadian dua tahun lepas dalam serbuan di rumah itu pukul 6 pagi Rabu.

Abdul Rahman berkata berdasarkan siasatan terdapat beberapa lagi anggota geng Joe Mafia yang aktif mengedar dadah, pecah rumah dan samun di sekitar negeri ini dan usaha mengesan mereka giat dijalankan.


“Polis percaya kumpulan itu sangat berbahaya kerana memiliki senjata api dan bom tangan, mereka dipercayai memperoleh barang berkenaan dari negara jiran dan menggunakannya untuk mempertahankan diri serta ketika urusan jual beli dadah,” katanya.

Beliau berkata susulan penahanan lima individu berkenaan polis berjaya menemui semula pelbagai hasil kegiatan pecah rumah dan samun antaranya televisyen, periuk nasi elektrik, komputer riba serta jam tangan berjenama yang kesemuanya bernilai hampir RM100,000.

Polis percaya dengan penahan mereka dan penemuan barangan berkenaan dapat menyelesaikan sekurang-kuranganya tiga kes pecah rumah di iaitu dua di SPU dan satu di Kulim, Kedah, katanya.

“Rumah yang kami serbu itu juga adalah markas geng Joe Mafia dan mereka menjadikannya sebagai tempat berkumpul untuk urusan pengedaran dadah serta menyimpan barangan pecah rumah,” kata Abdul Rahman.

Pada 7 Januari 2013, sembilan tahanan termasuk Joe Mafia yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas membaling serbuk cili kepada anggota polis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori