SUSULAN isu kesilapan pencetakan dalam kandungan buku latihan murid tahun empat bertajuk Keluarga Harmoni yang disiarkan sebelum ini, nampaknya pihak bertanggungjawab telah pun memohon maaf dan menarik balik kesemua buku-buku yang dilaporkan tersalah cetak.
Pihak penerbit buku Dokumen, Standard, Kurikulum dan Pentafsiran (DSKP) Sejarah tahun empat juga, telah memohon maaf kepada semua murid dan ibu bapa atas kesilapan pencetakan tersebut.
Syarikat penerbitan Bagus Sdn Bhd melalui statusnya di Facebook turut memohon maaf. Salah seorang wakil dari syarikat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Mei berkata, pihaknya amat kesal atas apa yang berlaku dan berjanji akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
“Kami minta maaf kepada semua, saya mohon beri kami tempoh untuk lakukan pembetulan dan mencetak semula buku itu,†katanya.
Mereka juga akan menggeluarkan edisi baharu buku tersebut dengan menggunakan muka hadapan yang baru.
Sebelum ini, heboh di media sosial apabila kandungan buku latihan murid tahun empat yang bertajuk Keluarga Harmoni didapati memaparkan gambar hubungan antara lelaki dengan lelaki dalam salasilah keluarga.
Gambar tersebut menjadi viral di Facebook dan ada sesetengah pengguna laman sosial secara bergurau menyifatkan ia satu langkah menggalakkan ‘Melayu Liberal.’
Sehubungan itu, pihak syarikat penerbitan itu berkenaan memberitahu akan menarik semula stok buku yang sudah diedarkan dan akan digantikan dengan yang baharu.
Ditanya bagaimana kesilapan itu boleh terjadi, Mei berkata kesilapan berlaku pada format komputer pencetakan.
“Terdapat kesilapan pada ‘setting computer’, sehingga keluar gambar lelaki dan lelaki,†katanya.
Menurut Mei, pihaknya memerlukan masa satu hingga dua minggu untuk membetulkan keadaan dan meminta orang ramai agar bersabar.
“Kami harap ibu bapa dan guru boleh bersabar, kita akan cetak dan ganti semula semua buku yang dibeli. Ibu bapa atau pihak sekolah tidak perlu mengemukakan resit pembelian hanya kembalikan yang lama dan kita akan ganti yang baharu,†katanya.
Ditanya berapa banyak buku terjual, beliau enggan mengulas lanjut dan hanya memberitahu hampir semua sekolah rendah menggunakan buku latihan itu.
Bagaimanapun, pihaknya memaklumkan isu kandungan seks di dalam buku murid tahun lima yang tersebar di media sosial bukan datang daripada syarikatnya. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Facebook Bagus Sdn. Bhd
Oleh: hzqahmd