Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Adibah Noor Risau Penyakit...

PETALING JAYA - Juruhebah Suria FM, Adibah Noor mula mengurangkan tabiat mengambil makanan...

Amaran Ribut Petir Sehingga...

KUALA LUMPUR - Ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak di Rejang,...

RM6.3 Bilion Untuk Pembangunan,...

SHAH ALAM: Sebanyak RM6.3 bilion diperuntukkan diluluskan kerajaan bagi tujuan pembangunan di Selangor...

Lokasi Penemuan Mayat Morais...

KUALA LUMPUR - Kawasan paya yang dipenuhi sampah sarap, airnya yang pekat, berbau...

Pengarah MyEG Perlu Perjelas Isu Caj `Online’ RM38

KUALA LUMPUR – Pengarah MyEG Service Bhd (MyEG), Datuk Shamsul Anuar Nasarah perlu membuat penjelasan mengapa majikan perlu membayar sebanyak RM38 kepada syarikat itu untuk menguruskan pembaharuan pas lawatan kerja sementara (PLKS) bagi setiap pekerja asing.

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, sebelum ini majikan boleh memohon lanjutan PLKS melalui kaunter Jabatan Imigresen secara percuma tetapi kini perlu membayar RM38 bagi seorang pekerja asing kepada MyEG kerana permhonan kini perlu dibuat secara dalam talian.

“Banyak majikan membuat aduan berkenaan bayaran pembaharuan PLKS bagi pekerja asing yang terlalu tinggi dan membebankan. Sistem e-kerajaan yang bertujuan memudahkan urusan majikan melakukan permohonan tidak sepatutnya diserahkan kepada syarikat persendirian untuk mengaut keuntungan.

“Jika bayaran RM38 dikenakan ke atas 2.4 juta pekerja asing di Malaysia, maka MyEG dijangka mendapat hasil sehingga melebihi RM90 juta,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Justeru, beliau bertanya kepada Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sama ada kos untuk membangunkan sistem permohonan menerusi talian itu memakan perbelanjaan sehingga RM90 juta.

Jabatan Imigresen sebelum ini menetapkan urusan pembaharuan pas lawatan kerja sementara pekerja asing secara manual di kaunter dihentikan di Semenanjung bermula 2 Januari lalu dan perlu mendaftar secara dalam talian melalui perkhidmatan MyEG. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori