Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tidak Wujud Percanggahan Jumlah...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim hari...

Liwat Sembilan Pelajar, Pengetua...

KUALA LUMPUR – Seorang guru agama, yang merupakan pengetua sebuah pusat tahfiz di...

Operasi Ketenteraan Rusia Di...

MOSCOW - Operasi ketenteraan khas di Ukraine akan diteruskan sehingga semua tugasan selesai,...

Betul Ke Snapchat Tamat...

BERMULA dengan sekadar aplikasi untuk menyampaikan pesanan melalui imej dan video pendek, Snapchat...

Pengawal Keselamatan Mengaku Tidak Bersalah Dera Anak

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mendera anak lelakinya minggu lepas.

Dzolkeflai H M Nor, 48, didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah dengan mendera anak di bawah jagaannya yang berusia 13 tahun di rumah mereka di Cheras pada 2 pagi, 23 Jan lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua duanya jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Zuraimi Kamarozzaman tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan mangsa adalah anak tertuduh sendiri.

“Namun jika mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, saya memohon supaya dipertimbangkan juga syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan berhubung dengan mangsa dan diminta melapor diri di balai polis terdekat setiap minggu,” katanya.


Majistret Zuraini Abdul Razak tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan tiada penjamin yang hadir ke mahkamah hari ini.

Bagaimanapun, Zuraini berkata jika Dzolkeflai mempunyai penjamin, dia boleh membuat rayuan bagi mendapatkan jaminan.

Ketika rayuan, Dzolkeflai yang tidak diwakili peguam memohon tarikh sebutan yang pendek atas alasan dia perlu menjalani pembedahan mata bulan depan.

Mahkamah menetapkan 11 Feb untuk sebutan kes bagi tertuduh melantik peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori