Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

ISAM Peroleh Suntikan Semangat...

PUTRAJAYA - Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM) hari ini menerima suntikan semangat daripada pengeluar kenderaan...

Rasmi: BN Bentuk Kerajaan...

PRN MELAKA | Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan selepas memperoleh 15 kerusi...

Ustaz Kasanova Kahwin 13...

IMEJ dan lagak gayanya yang penuh Islamik dan kononnya merupakan mantan Imam Masjid...

Mata Dipinggul Lembu Untuk...

Okavango (Botswana) - Ia mungkin idea mengarut.Bagaimanapun, hasilnya berjaya menyelamatkan haiwan ternakan, khususnya...

Penggodam Twitter Umum ‘Perang Dunia Ketiga’

WASHINGTON – Penggodam akaun Twitter akhbar New York Post dan United Press International semalam meletakkan mesej palsu, termasuk laporan meletusnya pertempuran antara Amerika Syarikat dan China.

Malah, satu tweet yang diletakkan pada akaun UPI memetik Pope Francis sebagai berkata: “Perang Dunia Ketiga sudah bermula.”

Satu lagi mesej dalam akaun New York Post pula menyatakan kapal induk USS George Washington “terbabit dalam pertempuran” dengan kapal perang China di Laut China Selatan.

Tweet berkenaan kemudian dipadamkan.

News Sites-Suspicious Tweets

Seorang pegawai Pentagon menyatakan tweet berhubung pertempuran itu adalah “tidak benar”.


New York Post kemudian menyatakan: “Akaun Twitternya digodam seketika dan kami sedang menyiasat.”

Akaun Twitter beberapa organisasi media digodam sejak dua tahun lalu termasuk Agence France-Presse (AFP) dan BBC.

Minggu ini, akaun Twitter Central Command (CENTCOM) turut digodam kumpulan yang menyokong IS. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori