Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

250 Kilogram Q’Fish Terjual...

ALOR GAJAH - Sebanyak 250 kilogram (kg) ikan segar beku Q'Fish daripada 500kg...

Sarawak Eksport Bersih Makanan...

KUCHING - Sarawak mahu menjadi pengeksport bersih hasil dan produk pertanian berkualiti tinggi...

Pembangkang Dakwa Saudi Tak...

KUALA LUMPUR - Gabungan parti pembangkang Malaysia dikenali sebagai Pakatan Harapan menempelak Arab...

Final Piala AFF: Kaunter...

KUALA LUMPUR - Lautan manusia yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil di sini...

Pengistiharaan MH370 Satu Kemalangan Ikut Ketetapan ICAO

KUALA LUMPUR – Pengisytiharan rasmi bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 sebagai satu kemalangan dibuat berdasarkan ketetapan dan definisi yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurutnya, hakikat bahawa pesawat Boeing 777 itu tidak mendarat di mana-mana lapangan terbang selepas berlepas dan tidak sampai ke destinasi dituju dan misi mencari pesawat itu tidak mencapai matlamatnya, menjadi antara faktor insiden itu dianggap sebagai satu kemalangan.

“Dengan itu apa yang berlaku kepada MH370 boleh dinyatakan sebagai kemalangan mengikut ketetapan ICAO.

“Kita tak reka ayat tersebut (kemalangan) sesuka hati,” katanya dalam satu program yang disiarkan RTM1 malam ini.

Liow menegaskan bahawa kerajaan begitu berhati-hati dalam penggunaan perkataan “kemalangan” atau “insiden” yang mana apa yang berlaku kepada MH370 disifatkan sebagai kemalangan.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam satu pengumuman khas mengisytiharkan penerbangan MH370 sebagai satu kemalangan dan semua penumpang dan anak kapalnya dianggap telah terkorban.

Pesawat yang menuju ke Beijing itu hilang daripada imbasan radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014.

Liow seterusnya berkata misi pencarian pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika ia hilang itu, akan diteruskan dan sekali gus mendapatkan jawapan berhubung punca kemalangan berkenaan.


Katanya penentuan punca kemalangan itu akan membantu meningkatkan kemampuan sistem radar dan kapasiti kotak hitam dalam sesuatu penerbangan.

Selain itu, Liow menarik perhatian bahawa pengisytiharan itu dibuat dengan mengambil kira kepentingan keluarga dan waris penumpang dan anak kapal MH370.

“Kita tidak buat sesuatu untuk (sengaja) menyedihkan hati mereka. Adalah tidak benar kita tidak berhubung atau berbincang dengan NOK (waris),” katanya.

Menyentuh soal pampasan kepada waris dan keluarga mangsa, katanya Malaysia Airlines perlu mematuhi apa-apa undang-undang berkaitan.

Namun beliau berkata walaupun pampasan ditawarkan, terpulang kepada waris dan keluarga untuk membuat keputusan mengenainya.

“Kita tidak memaksa anggota keluarga untuk menerima pampasan yang ditawarkan,” katanya sambil menambah perbincangan boleh dilakukan dengan pihak Malaysia Airlines dalam soal pampasan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori