Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

APSF Beri Indon Kebenaran...

KUALA LUMPUR : Lembaga Gabenor (BoG) Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) mengundi memihak...

Polis Tahan Lelaki Bersama...

TAWAU - Polis menahan seorang lelaki bersama dadah jenis syabu seberat 2,054 gram...

Penceroboh Israel Bakar Masjid...

RAMALLAH - Penceroboh Israel yang menduduki bumi Palestin malam tadi membakar sebuah masjid...

Proses Tambak Tanah Ambil...

IPOH - Projek pembinaan Hospital Kerian di Simpang Lima dekat Parit Buntar tertangguh...

Peniaga Diberi Tempoh Sehingga 28 Februari Daftar GST

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana peniaga yang gagal mendaftar dibawah sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) selewat-lewatnya pada 28 Febuari 2015.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad turut memaklumkan JKDM akan menjalankan operasi secara besar-besaran ke atas peniaga yang masih gagal untuk berdaftar di bawah Akta GST 2014 di seluruh negara bermula 1 Mac 2015.

“Selaras dengan peruntukan di bawah akta tersebut, mana-mana peniaga yang masih gagal mendaftar selewat-lewatnya pada 28 Febuari 2015 akan didaftarkan secara paksaan dan tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka,

“JKDM memohon mana-mana peniaga yang bertanggungan untuk berdaftar di bawah GST dan hendaklah mengambil peluang ini untuk segera berdaftar bagi mengelakkan tindakan undangundang diambil ke atas mereka yang lewat berdaftar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Khazali menjelaskan, berdasarkan undang-undang syarikat yang mempunyai pembekalan bercukai melebihi RM500,000 telah berdaftar GST pada atau sebelum 31 Disember 2014.

Katanya, kegagalan berbuat demikian merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 184 Akta GST 2014 dan boleh didenda maksimum RM30,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

“Sambutan para peniaga terhadap usaha kerajaan dalam pelaksanaan GST amat menggalakkan. Sehingga 29 Januari 2015, sebanyak 308,400 buah syarikat telah berdaftar di bawah sistem GST,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori