Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Anugerah Media Malaysia 2017...

KUALA LUMPUR - Anugerah Media Malaysia 2017 (MMA 2017) kini dibuka untuk pengemukaan...

TV Al Hijrah Kupas...

Pagi ini kita dikejutkan dengan satu pembunuhan ngeri di Negeri Sembilan. Empat penjenayah...

Penuntut Tahun Akhir IPTA...

Kuala Lumpur : Seorang penuntut tahun akhir sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA)...

Bapa Rayu Derma Darah...

TAGIH SIMPATI... Kasih seorang bapa sanggup berbuat apa sahaja demi anak kecilnya. Begitulah...

Peniaga Jual Epal Tercemar Boleh Dipenjara 10 Tahun

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengingatkan semua pihak supaya mematuhi ketetapan pihak berkuasa negara ini berhubung epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia yang dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, semua pihak perlu mematuhi arahan pihak berkuasa yang bertindak memanggil balik produk tersebut daripada pasaran atau berhadapan tindakan di bawah Akta Makanan 1983.

Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan satu kesalahan dan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan media.

Noor Hisham berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara itu diminta menghubungi Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.


Media pada Sabtu melaporkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau dipetik berkata, sekatan itu dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.

“Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan tiga kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada,” kata Ismail Sabri. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori